SHAH ALAM - Bila lagi kak Wan, nak tunggu sampai bila ?
Begitulah sedikit sebanyak nasihat dari rakan-rakan yang rapat dengan Datin Seri Wan Azizah. Ramai yang mendesak supaya jangan terus berdiam diri dalam sebarang isu melibatkan partinya dan juga kes Anwar.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah (gambar). Beliau percaya setiap sebarang tindakan yang dilakukan oleh Wan Azizah diarahkan seseorang dan bukan dari hatinya.
Disetiap perjumpaan, majlis rasmi dan ceramah, bila berucap, segala apa yang disampaikan, teks ucapan beliau telah disediakan skripnya oleh seseorang. Perkara ini telah didedahkan oleh banyak pihak, termasuk bekas rakan karib suaminya, Datuk S Nalakarupan di ceramah-ceramah.
Setakat ini, Wan Azizah mendiamkan diri. Sebaliknya suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dan menuduh Datuk Nala sebagai seorang yang suka 'putar belit' dan putar alam.
Datuk Seri Anwar sempat menyentuh dalam isu di Selangor, yang mana Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim jug menjadi mangsa seorang pemimpin.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang yang meninggalkan PKR dua tahun lalu, berkata, rasa kesalnya dengan krisis kepimpinan yang berlaku akhir-akhir ini hingga menimbulkan isu pengingkaran perintah Sultan Selangor berkaitan perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.
Bagaimana kalau kak Wan menjawab begini (lantang) :
Walau pun dah 10 tahun menjadi Presiden PKR, Wan Azizah masih lagi bercakap seperti isteri yang menjadi mangsa kepada seorang peliwat tua. Wan Azizah banyak menyimpan rahsia buruk suaminya dan juga parti yang dipimpinnya. Kata Azizah, "usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkan kelemahan kita”. Begitu jugalah sikap Azizah terhadap kelemahan suaminya yang bershawat songsang itu. Kata Azizah lagi, "Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala," Sebab itu agaknya Wan Azizah sanggup makan hati kerana tidak mahu mendedahkan keburukan suaminya hingga terpaksa hidup bermadu dengan “anak-anak ikan” suaminya.
Kata Azizah lagi, "ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri”, tetapi Azizah lupa tentang slogan “refomasi” yang juga memperlembukan ramai orang hanya untuk mempertabatkan suaminya untuk menduduki tahkta di Putrajaya.
Wan Azizah kata, "mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi." Malangnya Azizah menyedari ini semua setelah suami dipecat kerana meliwat orang. Sebelum itu suaminya juga adalah sebahagian daripada manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan itu. Azizah juga bercakap tentang soal maruah Melayu tetapi kenapa dia sendiri tidak berani menegur kelakuan suaminya yang tidak bermaruah itu???
KATA IBM : Ko orang nilaikan sendiri....malas nak komen banyak-banyak....
No comments:
Post a Comment