03 FEBRUARI
Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Kepada pembaca yang rajin dan ingin mengikuti perkembangan sejarah tanah air, jom kita baca apa yang berlaku pada hari ini.....
PERTAMA KALI SIARAN ORANG ASLI DIADAKAN DI RADIO MALAYA |
PERTAMA KALI SIARAN ORANG ASLI DI RADIO MALAYA Tarikh Peristiwa : 03-02-1959
Pada hari ini dalam tahun 1959, telah diperkenalkan buat pertama kalinya siaran Orang Asli di Radio Malaya. Siaran itu hanya dapat didengar pada waktu petang antara jam 3 petang hingga 4 petang melalui gelombang sederhana. Sambutan dari orang ramai terutama dari masyarakat Orang Asli sendiri begitu menggalakkan dan memberi semangat kepada semua kakitangannya yang berkerja di studio radio tersebut meneruskan rancangan mereka dengan lebih berkesan demi untuk faedah dan kebaikan kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Dengan perkembangan dan minat orang ramai terhadap siaran itu, pada tahun 1972 Jabatan Penyiaran telah menambahkan lagi waktu siaranya iaitu 4 kali seminggu dengan jangka masa 6 jam. Waktu siarannya ialah dari jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari pada tiap-tiap hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Siaran Orang Asli tersebut menggunakan 2 bahasa iaitu bahasa Temiar dan bahasa Semai.Di antara beberapa matlamat penting siaran Orang Asli itu diadakan ialah:- untuk memberi kefahaman kepada orang-orang asli tentang matlamat dan kepentingan dasar-dasar Kerajaan.
- untuk mengubah sikap Orang Asli supaya setanding dengan kaum -kaum lain di negara ini dalam menjalani kehidupan seharian.
- untuk menanamkan sikap berdikari, bersemangat dan sentiasa mengikuti perubahan-perubahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan.
Sesungguhnya dengan adanya Siaran Orang Asli itu diharap masyarakat Orang Asli akan dapat menerima perubahan- perubahan dan kemajuan yang berlaku di negara ini dari semasa ke semasa, di samping dapat berganding bahu dengan kaum-kaum lain dalam membangunkan negara ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.
DAN BACA SETERUSNYA....
TABONG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ISYTIHARKAN FAEDAH SEBANYAK 5½ PERATUS |
TABONG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ISYTIHARKAN FAEDAH SEBANYAK 51/2 PERATUS Tarikh Peristiwa : 03-02-1967
Pada hari ini dalam tahun 1967, Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengisytiharkan faedah sebanyak 5½ peratus untuk simpanan tahun 1966. Faedah yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan pekerja dianggarkan berjumlah sebanyak $ 65 juta. Menurut Pengurus KWSP, Encik Lee Siow Mong, jumlah yang terkumpul dalam tahun 1966 sebanyak $ 137 juta iaitu pertambahan sebanyak $ 11 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala dari segi jumlah penyimpan pula seramai 1,600,000 pada tahun ini berbanding dengan 1,500,000 pada tahun 1965. Kadar faedah yang dikeluarkan oleh pihak KWSP pada tahun ini jika dibandingkan tahun-tahun selalunya adalah lebih baik, misalnya pada tahun 1963 sebanyak 5% sahaja. KWSP memainkan peranan yang penting bagi jaminan masa depan pekerja terutama untuk simpanan hari tua pekerja yang mencarum ke dalam skim ini. Selain daripada itu wang tersebut boleh juga dikeluarkan untuk keperluan yang penting kepada pencarum seperti untuk pembelian rumah dan merawat penyakit.
* Selamat Membaca - IBM
Sumber : Arkib Negara |
|
No comments:
Post a Comment