Akhirnya yang dapat untung besar dalam pakatan pembangkang adalah DAP… itulah kesimpulan paling tepat yang boleh kita nilai dari keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang baru lalu.
Dengan sentimen perkauman yang menebal DAP ternyata berjaya meniupkan semangat rasis di kalangan pengundi bandar yang majoritinya kaum Cina.
PKR rakan DAP hanyalah sekadar alat yang digunakan DAP untuk menjayakan usaha propaganda palsu… PKR juga sebenarnya menang pada pilihnaraya itu tapi menang sorak saja dan juara pembohong.
PKR yang bertanding 49 kawasan hanya menang tiga dan enam calonnya hilang wang pertaruhan. Apa yang sebenarnya buat PKR terkinja-kinja hanyalah kerana berjaya bantu DAP menjayakan politik perkaumannya.
Hakikatnya DAP cukup bijak mempergunakan kedua-dua rakan pakatannya… DAP akan pastikan PKR berperanan sebagai tukang fitnah dan mencalarkan imej Barisan Nasional (BN) terutama UMNO manakala Pas pula hanyalah pencacai untuk memecahkan perpaduan orang Melayu di samping mencuci segala najis yang ditinggalkan Anwar Ibrahim.
Ternyata sejak pakatan pembangkang diwujudkan Pas tak dapat untung apa-apa hanya berjaya dan cemerlang untuk memporak perandakan perpaduan orang Melayu.
Di Sarawak sebenarnya Pas hanya dapat telur ayam atau telur manok saja. Tahniah sekali lagi buat Pas.
Kita yakin selepas ini akan banyak lagi agenda DAP yang akan dijayakan PKR dan Pas terutama di kawasan yang ditandingi PBB kerana DAP sudah pun berjaya menanamkan semangat rasis di kalangan pengundi bandar.
Strategi DAP ini memang cukup licik kerana mereka sebenarnya mendapat khidmat nasihat dari rakan mereka di seberang yang telah cukup berjaya untuk menundukkan dan mengkhatankan orang Melayu di sana.
HOHOHO.....KESIAN PKR DAN PAS. AL-JUBURI DAN NICKY AJIS TERANG-TERANG DIPERBODOHKAN OLEH DAP. PADA MUKA. - IBM
No comments:
Post a Comment