Pages

Monday, April 18, 2011

Yang menang DAP, PKR kalah teruk. Wan Azizah bermimpi di siang hari.

ASSALAMUALAIKUM.
KESIAN WAN AZIZAH....

KUCHING: Kejayaan Pakatan Rakyat menggandakan bilangan kerusi di Sarawak dengan memenangi 15 buah kerusi yang ditandinginya merupakan satu pencapaian cemerlang, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, kejayaan itu juga bukti penerimaan rakyat Sarawak terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat, biarpun terpaksa berdepan serangan Barisan Nasional yang berterusan memperkudakan jentera kerajaan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak ini (yang) menjurus kepada dua sistem. Sepanjang kempen kali ini, kita melihat rakyat Sarawak begitu prihatin terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Satok, malam tadi.

PKR bertanding 49 kerusi. Menang hanya 3 kerusi. Enam hilang wang pertaruhan. Itu yang di panggil "pencapaian cemerlang"?. Mabuk ke Wan Azizah ni. Apalah bogok punya Presiden. Kesian dia, kesian dia. - IBM


No comments:

Post a Comment