SHAH ALAM, Mei – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mengariskan 15 dalil mengapa Negeri Selangor tidak memerlukan seorang pelaku video lucah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
“Yang pertama, pengesahan wartawan kanan, kumpulan pertama yang menonton video ini dari beberapa buah media cetak, elektronik dan media maya sendiri telah mengesahkan pelaku dalam video itu adalah 200% Anwar. Selain itu jam Omega dan DNA Anwar juga merupakan dalil mengapa Anwar tidak diperlukan kerana moralnya yang teruk dan tidak patut diteladani khususnya oleh anak-anak muda sekarang.
“Jam Omega Anwar telah ditemui dalam bilik hotel itu oleh Datuk Eskay yang telah menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Dalam masa yang sama, Anwar sehingga kini takut dan tidak mahu memberikan DNAnya, bagi mengesahkan yang jam itu bukan miliknya,” ujarPengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Tambahnya, Datuk Eskay telah bersumpah mubahalah sebagai keinsafan bahawa apa yang dia bongkar adalah suatu kebenaran.
Namun sehingga ini, Anwar takut dan kecut untuk melakukan sumpah mubahalah untuk menafikan kebenaran video itu. Datuk Eskay juga telah bersedia untuk melakukan ujian poligraf, namun Anwar takut dan kecut serta tidak berani melakukan ujian tidak menipu tersebut.
“Dia adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), yang buat kerja sambilan. Pelacur tersebut mempunyai seorang pengurus, orang yang bertanggungjawab membawa `China Doll’ itu kepada Datuk Eskay.
“Kita juga difahamkan bahawa kamera litar tertutup (CCTV) hotel apartment itu merakam dengan jelas kelibat Anwar datang dan pergi dari hotel itu. Anwar nak gunakan alasan dan keterangan yang waktu itu dia sedang melayan twitter. Namun bila diperiksa twitter Anwar didapati ada selang dua jam, twitter Anwar “diam”. Ya, waktu itu dia sedang sibuk memuaskan nafsu syahwatnya,” ujarnya yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Selangor.
Malah tegas beliau lagi pakar video dalam dan luar negara juga mendapati video itu adalah 100 peratus betul.
Pada masa yang sama tambah beliau pakar filem menyatakan teknologi “superimposed” untuk filem atau video masih belum ada dan mereka berpendapat adalah mustahil untuk video “superimposed” apatah lagi untuk pergerakan seks selama 22 minit.
“Jika selama ini kita melihat Anwar sangat tenang dan tabah menghadapi apa sahaja pertuduhan terhadapnya, tetapi kenapa kali ini Anwar menjadi manusia yang sangat takut apabila isu ini dibongkar Datuk Eskay.
“Hakikatnya, rakyat 1Malaysia sudah tahu mengapa Anwar kecut perut dan gelabah ketika berhadapan dengan wartawan dalam menghadapi isu kali ini”, katanya.
Beliau seterusnya menyelar perbuatan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menghasut rakyat untuk menentang usaha Datuk Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul sebagai usaha desperado Anwar untuk menafikan hak Datuk Eskay yang mahu membongkar kebenaran.
“Tahniah juga atas keberanian Blogger PapaGomo untuk membongkar video ini di alam maya agar rakyat boleh menonton dan menilai sendiri dengan jelas lakonan seks Penasihat Ekonomi Selangor,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri atau Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk memecat Anwar dari jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment