Pages

Wednesday, May 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

04 APRIL

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN.
ANDA SEORANG PENYANYANG KEPADA BINATANG PILIHARAAN ANDA?..BETUL-BETUL SAYANG?...BOLEH CAYA KE NI......

AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR NO.76 DIWARTAKAN
TARIKH PERISTIWA : 04-05-1972

Negara kita, di samping kaya dengan sumber alam yang diperolehi daripada perut bumi tetapi juga kaya dengan keindahan alam semulajadi. Keindahan alam semulajadi yang terdiri dari beribu spesis pokok dan pelbagai spesis hidupan liar merupakan `Muzeum Kehidupan' yang amat berharga untuk negara. Ekoran daripada kepentingan itu, pada hari ini 4/5/1972 Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 telah diwartakan. Dengan pengwartaan akta ini, perlindungan terhadap hidupan liar di negara ini, telah menempuh satu lagi era baru, hidupan liar mula diberi perhatian yang sewajarnya dan masyarakat mula sedar akan perlunya hidupan liar dilindungi. Terdapat 106 seksyen di dalam akta ini, antara lain merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan perlantikan pegawai, kuasa-kuasa mengeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluaran lesen-lesen tertentu, penubuhan rizab dan santuari hidupan liar kesalahan dan penalti.

Di bawah akta ini juga spesis-spesis hidupan liar diletakkan di bawah lima jadual yang berlainan mengikut tahap perlindungan yang diberi.

  1. Jadual satu menyenaraikan binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya.
  2. Jadual dua binatang liar yang diperlindungi.
  3. Jadual tiga burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.
  4. Jadual empat burung liar yang diperlindungi.
  5. Jadual lima senarai nama serangga yang diperlindungi

Penguatkuasaan akta-akta ini, memperlihatkan usaha-usaha telah dijalankan untuk mengawal spesis-spesis semulajadi yang terdapat di negara ini, daripada pupus ditelan arus pembangunan.


SELAMAT MEMBACA - IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

No comments:

Post a Comment