Pages

Friday, June 10, 2011

Fitnah Bagi Pembangkang “Umpama Nasi Dengan Kuah”

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA.

"Fitnah adalah senjata utama parti pembangkang." - Ruslan Kasim

KUALA LUMPUR 10 Jun – Bekas Ketua Penerangan PKR, Haji Ruslan Kasim sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan pembangkang yang memanipulasi kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan baru-baru ini kerana itu adalah budaya mereka.

Menurut beliau fitnah di dalam pembangkang umpama “kuah dengan nasi“ dan tidak menghairankan kunjungan kerja Datuk Seri Najib itu dijadikan bahan oleh pemimpin pembangkang dalam usaha menimbulkan persepsi buruk terhadap pimpinan UMNO dan BN yang lain.

“Saya sudah masak dengan perangai sebegini kerana mereka akan lihat sesuatu yang boleh dijadikan bahan agar matlamat mereka iaitu menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat berhasil. Fakta adalah nombor dua, janji rakyat berjaya dihasut.

“Nak tergelak pun ada dengan manipulasi kunjungan Najib ke Kazahkstan itu…Takkanlah keluarga pihak perempuan berkunjung ke tempat kaum keluarga lelaki untuk berbincang soal perkahwinan…Nak hasut rakyat pun biarlah bertempat,“ katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke Kazakhstan untuk mengurus perkahwinan anak perempuan beliau.

Wisma Putra, dalam satu kenyataan berkata lawatan Najib adalah untuk memenuhi penerimaan beliau terhadap undangan yang sudah lama dibuat Presiden Nursultan Nazarbayev, menurut Kementerian Luar hari ini.

Gambar sebagai hiasan

Kenyataan itu sekaligus menafikan laporan kononnya Perdana Menteri menggunakan dana awam untuk perjalanan mengurus perkahwinan .

Wisma Putra dalam kenyataan itu juga menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara itu dan sebagai membalas lawatan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006.

Semasa lawatan itu, Najib mengunjungi Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan Perdana Menteri, Massimov Karim.

“Lawatan itu tidak hanya meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, tetapi juga menghasilkan banyak peluang perniagaan untuk komuniti perniagaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Ruslan seterusnya berkata rakyat perlu menolak budaya sedemikian dan tidak seharusnya menerima bulat-bulat tuduhan membuta tuli pembangkang.

“Saya difahamkan perkara ini dibangkitkan oleh salah seorang pemimpin yang partinya sudah bertukar daripada negara Islam kepada negara kebajikan. Jika itulah kebenarannya, tidak peliklah parti sahaja dilaung-laungkan Islam tetapi tutur kata pemimpinnya belum tentu mengikut apa yang Islam tekankan iaitu bercakap benar dan jangan fitnah antara satu sama lain,“ katanya. -MediaUMNO

KOMEN IBM : FITNAH ADALAH SEBUAH FITRAH BAGI PEMBANGKANG. MEREKA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA FITNAH...

No comments:

Post a Comment