DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA
SEMBANG-SEMBANG BOLA :
Gambar sebagai hiasan
Heboh menjelang perlawanan akhir Piala FA, Kelantan, Terengganu kononnya berpakat.
Esok, perlawanan akhir Piala FA, dah bermacam-macam cerita yang IBM dengar. Kononnya perlawan akhir tersebut telah di atur. Rata-rata dari mulut ke mulut, juga dalam internet. Mengikut percaturan yang telah di buat, Piala FA milik Terengganu dan Liga super akan menjadi milik the red warrior, Kelantan.
Ini jelas menunjukkan bahawa RASUAH berlaku kembali di arena bolasepak tanah air walaupun terbongkarnya seorang pegawai bolasepak Negeri Sembilan telah di tahan bersabit dengan rasuah bola. Dan, terbaru, pasukan dari Piala Presiden T.T Team dari kelab bolasepak negeri Terengganu telah di dedahkan oleh sindikit judi bolasepak. Kenapakah ini berlaku tak kala mutu permainan bolasepak negara sedang meningkat naik..?...memang menyedihkan.
Kalau perkara ini tidak di bendung dengan segera, ianya akan menjadi "Kanser' di dalam sukan bolasepaka tanah air. Harap SPRRM dan FAM sendiri dapat bertindak secepat mungkin sebelum ianya merebak.
Berbalik kepada perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini, Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, itu adalah khabar-khabar angin berupakan fitnah semata-mata. Khabar angin itu sengaja direka oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.
Katanya lagi, kami tidak megamalkan rasuah, dan penyokong-penyokong Kelantan tidak akan membiarkan maruah pasukan mereka tercalar kerana rasuah dan tidak akan mengadaikan piala FA kepada Terengganu.
KOMEN IBM : JAUHILAH DARI RASUAH. SUKAN BOLASEPAK NEGARA KAN BERKEMBANG TANPA RASUAH.
No comments:
Post a Comment