PENUBUHAN PERSATUAN PEKEBUN-PEKEBUN KECIL GETAH NEGARA Tarikh Peristiwa : 06.06.1975 |
Berorganisasi memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan pendapat dan pandangan. Selain daripada menjaga kepentingan sesuatu kelompok. Bagi para pekebun-pekebun kecil getah di negara ini, usaha-usaha telah dijalankan bagi mewujudkan persatuan pekebun-pekebun kecil getah di negara ini. Pada hari ini 6.6.1975 Tun Abd. Razak telah merasmikan penubuhan Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Getah Negara yang merupakan gandingan kepada dua persatuan pekebun getah yang selama ini bergerak secara berasingan. Dengan adanya badan tunggal di peringkat kebangsaan ini akan mempermudahkan lagi usaha-usaha kerajaan memaju sektor pekebun kecil akan dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan berkesan lagi. Selain itu akan mempermudahkan bagi pihak kerajaan dan RISDA khususnya menyalurkan bantuan dan kemudahan. Usaha-usaha telah dijalankan bagi menyatukan pekebun-pekebun kecil getah di bawah satu payung terutamanya melalui Kementerian Perusahaan Utama. Di atas kerja keras menterinya Datuk Musa Hitam akhirnya usaha-usaha ini berjaya dilaksanakan pada hari ini. Berucap dalam Majlis tersebut Tun Abdul Razak berkata, pihak kerajaan sentiasa memberi keutamaan bagi membaiki dan membela nasib para pekebun-pekebun kecil getah, salah satu usaha utama yang dijalankan ialah penubuhan RISDA iaitu badan khusus bertanggungjawab memajukan semua aspek pekebun kecil dalam perusahaan getah. Diharap dengan adanya badan tunggal di peringkat kebangsaan akan memperjuangkan nasib para pekebun kecil getah terutama berkaitan meninggikan pendapatan mereka. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM SUMBER : ARKIB NEGARA |
No comments:
Post a Comment