Pages

Monday, June 6, 2011

Petaling Jaya Bandaraya Ah Long (Ceti Haram)

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

Iklan haram ditampal merata-merata tempat termasuk kotak-kotak suis MBPJ dan TNB

PETALING JAYA - Walaupun telah bergelar BANDARAYA, tapi tidak menampakkan sebagai sebuah bandaraya. Petaling Jaya telah di cemar oleh iklan-iklan haram yang berleluasa dan sukar di bendung lagi. Buletin Utama TV3 malam tadi melalui segmen ADUAN RAKYAT melaporkan betapa kotornya Bandaraya Petaling Jaya penuh dengan iklan-iklan haram macam cendawan tumbuh. Memang sakit mata memandang.

Terdapat juga di pondok-pondok telefon awam

Seolah-olah tidak memahami fungsi papan tanda jalan, segelintir individu menampal iklan haram pada papan tanda berkenaan sehingga menimbulkan kesukaran kepada pengguna dan pengunjung di Petaling Jaya.

Saya telah membuat tinjauan di sekitar Ara Damansara, sebuah kawasan perumahan yang sedang membangun yang di majukan oleh Sime Darby Property mendapati kebanyakan papan tanda jalan dicemari iklan haram sehingga tidak diketahui nama jalan yang dilalui itu.

Kebanyakan iklan haram berkenaan berkisarkan pinjaman berlesen, sewa kenderaan, sewa rumah dan bilik, malah ubat kuat bagi lelaki yang ditampal bukan hanya pada papan tanda jalan tetapi termasuk pada papan maklumat bas, papan tanda masjid, papan tanda arah, pondok bas serta pokok besar di laluan berdekatan.

Di pokok-pokok juga menjadi pilihan Ah Long untuk mengantung iklan haram mereka

Perbuatan ini boleh dianggap vandalisme dan persekitaran nampak kotor serta pandangan turut berserabut hanya disebabkan notis dan iklan haram berkenaan.

Mungkin masalah ini berlaku kerana tiada ruang khas bagi menampal iklan dan notis pemberitahuan, namun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) boleh mengambil inisiatif menyediakan ruangan atau papan notis di sekitar kawasan ini.

Seorang penduduk tempatan ketika saya temui, merasa sedikit hampa dan menyifatkan perbuatan itu tidak seharusnya berlaku terutama di kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Beliau berharap pihak yang berwajib seperti MBPJ dengan Penguatkuasanya, Polis dengan anggotanya dapat berganding bahu bagi memantau supaya perkara ini tidak berterusan.

Katanya, kerosakan itu menyukarkan pengguna mencari jalan dan mengakui pernah tersesat gara-gara iklan haram yang terpampang di papan tanda jalan berkenaan.

Menurutnya, MBPJ perlu bertindak tegas dengan mengenakan saman terhadap individu berkenaan selain menghentikan perkhidmatan komunikasi melalui nombor telefon yang terpapar pada iklan atau notis terbabit.

Apalah gunanya dengan nama Bandaraya, tapi di sekeliling kawasan Petaling Jaya di cemari dengan iklan-iklan haram, seolah-olah bandar ini di miliki oleh tokeh-tokeh Ah Long. Dan, perkara ini terus berleluasa setelah tampuk pemerintah kerajaan Negeri bertukar tangan dari Kerajaan BN ke Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kesimpulannya, apakah MBPJ tidak melaporkan perkara ini kepada Kerajaan Negeri ? atau Kerajaan Negeri memekakkan telinga kerana ini berkaitan dengan business orang-orang Cina (maaf, bukan semua) dan Exco yang bertanggunjawab akan hal ini merupakan seorang yang berbangsa Cina. Ehmm..Ehmm..faham-faham saja le. Sekali lagi saya berharap MBPJ dapat berbuat sesuatu bukan sahaja di Ara Damansara, tapi keseluruhan tempat di Negeri Selangor bersama-sama dengan Kerajaan tempatan yang lain.

"KATAKAN TIDAK PADA AH LONG"

1 comment:

  1. Apa tindakan selanjutnya dari MBPJ..?..Jangan hanya tinggal nama saja, tapi sekitarnya di cemari dgn poster2 haram dari Ceti haram (Ah Long).

    Bangkitlah wahai Datuk Bandar, kalau tidak dpt selesaikan, letak je jawatan tu. Ramai lagi candidate yg berwibawa boleh membawa MPBJ ke arah yg lebih baik. Ataupun PR dah cucuk hidung Datuk Bandar..?..

    ReplyDelete