Pages

Tuesday, June 7, 2011

Liverpool Uji Harimau Malaya 16 Julai Ini

DARI MEJA IBM :

SEMBANG-SEMBANG BOLA
[SUMBER : UTUSAN MALAYSIA ONLINE]


Ian Ayre (kanan) menyerahkan jersi Liverpool kepada Subahan Kamal selepas sidang media perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan pasukan kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

PETALING JAYA - Tarikh 16 Julai pasti ditunggu-tunggu oleh peminat setia Liverpool di negara ini apabila kelab Liga Perdana England itu bakal menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kali dalam siri Jelajah Asia 2011.

Kunjungan Reds ke negara ini yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan dibawa oleh Standard Chartered sebagai penaja utama kelab tersebut.

Sepak mula perlawanan tersebut pada pukul 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengarah Urusan Liverpool FC, Ian Ayre berkata, perasaan teruja terhadap kunjungan tersebut bukan sahaja dirasai oleh peminat Liverpool di Malaysia, tetapi dikongsi oleh pemain bintang Redsyang juga tidak sabar untuk ke negara ini.

"Kunjungan Liverpool ke negara ini adalah pertama kali dan sudah tentu para pemain tidak sabar untuk ke sini.

"Pemain yang paling teruja untuk ke Malaysia ialah Steven Gerrard kerana dia tidak pernah datang ke negara ini," katanya.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Osman Murad.

Menurut Ayre, di sebalik persiapan Liverpool bagi menghadapi musim baru di bawah kendalian Kenny Dalglish, juga penting untuk memberi peluang kepada para peminat mendekati pemain idola mereka.

Sementara itu, Subahan berkata, Liverpool mempunyai peminat yang cukup ramai di negara ini dan peluang menyaksikan dari dekat para pemain bintang yang beraksi dalam EPL tidak datang selalu.

"Biasanya kami tonton mereka di televisyen dan kali ini, para peminat berpeluang untuk menyaksikan secara dekat kehebatan pemain-pemain bintang ini," ujarnya.

Osman pula memberitahu, Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad amat berbesar hati membawa Liverpool ke Malaysia.

"Liverpool memiliki peminat yang ramai di Malaysia, sudah tentu penyokong setia kelab ini tidak sabar untuk menyaksikan Reds beraksi di negara ini," katanya.

KOMEN IBM : PELUANG KEEMASAN YANG DI TUNGGU TELAH TIBA. KEPADA PEMINAT-PEMINAT THE REDS, AYUH, TEMPAH TIKET SEKARANG JUGA, JOM KITA KE STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL. PERGI, JANGAN TAK PERGI.

"YOU'LL NEVER WALK ALONE"

No comments:

Post a Comment