Pages

Tuesday, June 7, 2011

Ustaz Harun jelmaan Imam Mahadi..?

DARI MEJA IBM :

SUMBER : HARIAN METRO

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

BERTAFAKUR...pengikut Ustaz Harun dalam sesi ceramah.

Bila terbaca kisah Ustaz Harun dan pengikut-pengikutnya, IBM merasakan dunia ini kian menghampiri ke akhir zaman iaitu 'kiamat'. Bolehkah kita percaya bahawa ujudnya Imam Mahadi di zaman moden ini..?...masuk akal ke..?

KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.

Perbuatan itu mencurigakan beberapa pengikut, tetapi peliknya kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan lelaki terbabit.

Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini, asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM.

Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks.

MEWAH...bangunan markas pengikut Ustaz Harun.


“Dia tanpa segan silu menyebut perkataan tidak senonoh dan beraksi ‘panas’ di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang dibincangkan tidak relevan dengan hal agama.

“Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan,” katanya.


KOMEN IBM : KERAJAAN HARUS MEMANTAU KEGIATAN USTAZ HARUN DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA. SUNGGUH MENYESATKAN. KENAPA LE BODOH SANGAT PENGIKUT-PENGIKUTNYA NI. MEMANG DUNIA DAN NAK AKHIR ZAMAN. MACAM-MACAM ADA......

2 comments:

  1. Kalau kita cakap pasal agama memang ramai yang percaya.

    ReplyDelete
  2. Ular Menyusur Akar : Salam. Agama Islam dan ajaran sesat adalah dua perkara yg berbeza. Yg ustaz Harun bawa ini adalah ajaran sesat. Patut di pantau dan di ambil tindakan tegas, kalau tidak dia akan berkembang dan ramai yg sesat nanti.

    Saya nk syorkan agar pengikut2 Pas yg fanatik tu join kumpulan ini...apa mcm, setuju x..?

    ReplyDelete