Pages

Tuesday, July 5, 2011

Ambiga kata 'ON', 9 Julai jadi, tapi di Stadium

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Jadi juga si Ambiga@Ama untuk berdemo pada 9 Julai ini. Tapi bukan dijalanan, tapi di Stadium. Stadium mana ye?. Maka, biarlah si Ambiga dan pengikut-pengikutnya melalak, melolong macam orang gila. Teruskanlah wahai Bersih.

[Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium.

Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Terlebih dahulu Ambiga (gambar) yang turut diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Samad dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin memasuki Istana Negara kira-kira pukul 1.55 petang dan keluar pukul 3.15 petang.

“Kami telah mengadakan pertemuan dengan Agong dalam keadaan yang baik dan kami berterima kasih dengan pertemuan ini,” kata Ambiga kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara.

“Kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, jadi tiada perhimpunan di jalanan.”]

Patut le Ambiga nak juga buat di dalam Stadium, rupa-rupanya sudah ada tukang sapu membersih Stadium untuk mereka berdemo pada 9 Julai ini.


Oh ya, terlupa pulak. Ambiga dan kuncu-kuncu jangan lupa bawa banyak2 batang 'penyapu' Lepas demo kena bersihkan Stadium kerana minggu selepas itu perlawanan bolasepak persahabatan antara kelab-kelab bolasepak ternama inggeris akan beraksi menentang skuad harimau Malaya kita.

Stadium mesti Bersih, kalau tidak kena penyepak dengan penyokong-penyokong bolasepak tanah air. Maklumlah, kelab seperti Liverpool, Arsenal akan beraksi di Stadium itu. Itu pun kalau Kerajaan benarkan mengunakan stadium Nasional Bukit Jalil. Silap haribulan roboh Stadium tu nanti....Bersihkanlah....bersihkanlah...

NAK TERGELAK PUN ADA, NAK MARAH PUN ADA. INI LAH YANG DIKATAKAN GILA KUASA DAN GILA UNTUK BERDEMO. MAJULAH BERSIH DEMI AMBIGA@AMA - IBM

2 comments:

  1. Salam Sdr Ismail,
    In term of moral, BERSIH dah kalah habis, dah terjunan jauh ke lubang taik. Isu stadium dah lama kerajaan nak bagi, tapi sombong, degil, keteghak. Sekarang ni......baru nak faham bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  2. W'kumuslam bro.

    Memang betul...moral depa memang dh jatuh habis. Tapi..mereka nk berdemo juga, kat stadium. Lantak le..biak pi apa mereka nk buat..

    ReplyDelete