Pages

Tuesday, July 5, 2011

Peringatan kepada blogger, SKMM pantau blog, portal

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ibarat tumbuh bak cendawan. Terlalu banyak laman web atau blog yang terdapat di internet dan sukar di pantau oleh kerajaan, maka hari ini Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membuat pemantauan internet secara khusus terhadap lama blog atau portal berita selain daripada menjalankan pemantau rambang.

Laman web atau blog yang paling di minati ramai adalah tergulung kepada dua kumpulan. Satu blog pro kerajaan dan satu lagi blog pro pembangkang yang banyak mengeluarkan isu politik dan isu semasa. Ada juga blog yang berkecuali, tetapi sekali-sekala mereka muncul dengan tulisan (posting) yang mengemparkan.

Ada sesetengah pihak menganggap bahawa blogger menjadi senjata politik. Dan bagi mereka, blogger juga memainkan peranan dan proksi kepada pihak tertentu atau pandangan peribadi rakyat dalam isu politik.

Jesteru dengan itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang (Gambar) akan mengambil langkah untuk kementeriannya memantau akan perkembangan keadan supaya terkawal.

Pemantauan yang dimaksudkannya ialah berdasarkan aduan orang ramai. SKMM mengalakan orang awam untuk membuat aduan ke Biro Aduan SKMM (aduan.skmm.gov.my), forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF-www.cmcf.my) dan forum Penguna Kominkasi Malaysia (CfM-www.cfm.org.my) sekiranya mempunyai maklumat mengenai kandungan maklumat mengenai kandungn lama web atau blog yang menyalahi undang-undang.

NAMPAKNYA KENALAH BERHATI-HATI BILA NAK MENULIS (POSTING) KAT DALAM BLOG. NANTI TAK PASAL-PASAL DAPAT SURAT SAMAN DARI SKMM. BAGAIMANA PULA YANG SUKA CAKAP KOTOR-KOTOR TU?....HEHEHE...KENALAH BELAJAR MENJADI PENULIS BAIK YANG BERHEMAH. INSYALLAH KERAJAAN AKAN BERI 'AWARD' KEPADA PENULIS BLOG YANG BAIK DAN BERHEMAH. - IBM

2 comments:

  1. sepatutnya skmm menutup malaysiakini dah lama kalau skmm betul betul buat kerja..kenapa portal rasis dan fitnah masih dibiarkan bebas sehingga kini?

    ReplyDelete
  2. Salam.
    YB Raz :

    Betul tu. Malaysiakini lebih kurang akhbar Harkah. Tak habis2 buat fitnah. Tak tahulah dimana silapnya. Harap, SKMM boleh bertindak secara professional....

    ReplyDelete