Pages

Friday, July 22, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

22 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :
PERLANTIKAN SETIAUSAHA AGONG ASEAN YANG PERTAMA SECARA PEMILIHAN

TARIKH PERISTIWA : 22.07.1992

ASEAN sebuah pertubuhan di rantau Asia Tenggara yang ditubuhkan atas dasar kerjasama di bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan. Penubuhannya melalui Deklarasi Bangkok pada 1967 telah menjadikan ASEAN sebuah pertubuhan serantau yang disegani pada hari ini. Pentadbiran ASEAN dikendali dengan sebuah Sekretariat yang dilantik secara bergilir setiap 3 tahun sekali. Pada hari ini 22 Julai 1992 - Dato' Ajit Singh, duta Malaysia ke Jerman, telah dilantik sebagai Setiausaha Agong ASEAN. Beliau adalah tokoh yang pertama dipilih ke jawatan ini melalui pemilihan. Sebelum ini perlantikan Setiausaha Agong ASEAN dibuat secara giliran dan akan memegang jawatan selama tempoh 3 tahun. Sementara calon yang dipilih secara pilihan ini akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Dato' Ajit merupakan calon Malaysia dan telah mengalahkan saingan tunggal Vicente B. Valdepenas dari Filipina.Keputusan untuk mengadakan pemilihan ke jawatan Setiausaha Agong ASEAN atas dasar merit ini telah dibuat dalam sidang kemuncak ASEAN di Singapura dalam bulan Januari 1992. Tujuannya ialah untuk menukar sistem giliran yang dianggap sudah ketingggalan zaman. Pengumuman pemilihan Dato' Ajit telah dibuat dalam satu sidang akhbar bersama para Menteri Luar ASEAN pada hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina. Pemilihan ini juga adalah di antara agenda utama persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN pada kali ini. Di mana keputusan telah dibuat untuk menyusun semula dan memberi nafas baru kepada Sekretariat ASEAN yang terpusat di Jakarta supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan lagi. Jawatan Setiausaha Agong ASEAN adalah jawatan yang bertaraf Menteri dan berkuasa eksekutif dalam pertubuhan tersebut. Melalui penyusunan semula sekretariat ini Dato' Ajit akan mengetuai sekretariat dan beliau akan dibantu oleh pegawai dan kakitangan yang profesional dalam mengendalikan sekretariat ASEAN. Antara lain bidang kuasa Setiausaha Agong ialah membuat keputusan-keputusan atas inisiatif sendiri, menasihat, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ASEAN. Beliau juga akan bertindak sebagai jurucakap ASEAN dalam semua hal, berhubung dengan badan-badan antarabangsa yang lain serta mentadbir tabong bagi kerjasama ASEAN. Pemilihan Dato' Ajit Singh merupakan kepercayaan dan pengiktirafan negara-negara Anggota ASEAN terhadap Malaysia. Selain dari itu beliau juga adalah merupakan tokoh yang berpengalaman dalam ASEAN. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Pengarah ASEAN di Wisma Putra dan pernah berkhidmat di kedutaan Malaysia di Canberra, Adis Abada, New York, Hanoi, Vienna, Brazil dan Jerman. Perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agong ASEAN yang dipilih buat pertama kali ini membuktikan peranan Malaysia dalam ASEAN sentiasa dihormati dan dihargai.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. MEMBACA ITU SATU KUNCI KEJAYAAN.

IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

No comments:

Post a Comment