Pages

Friday, July 22, 2011

23 Aktivis PSM Di Heret Ke Mahkamah, Padan Muka!!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Banner direntang di merata-rata tempat bagi menyelamatkan hero-hero mereka, hero tahi kucing!

Undang-undang yang telah sedia ada di negara kini ini, adalah undang-undang sah. Tiada siapa yang boleh terlepas dari undang-undang jika membuat kesalahan. Kerajaan kita tidaklah sekejam itu, sewenang-wenang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa atau di bicarkan di Mahkamah mengikut undang-undang yang telah sedia ada.

Maka, begitulah juga nasib yang menimpa kepada 23 AKTIVIS Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang akan di dakwa di Mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Hakim telah menetapkan tarikh itu selepas sebutan pertama kes itu dilakukan pada 4 Julai lalu. Kesemua aktivis tersebut didakwa terbabit dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokuments SUBVERSIF tanpa alasan yang sah.

Semasa mereka di tahan oleh pihak Polis semasa sekatan jalan raya di adakan, terdapat risalah-risalah, kemeja T, banner yang tulisannya ada berkaitan dengan kefahaman KOMUNIS.
Apakah tujuan sebenarnya menyertai perhimpunan haram tersebut? Tak lain tak bukan ingin memperluaskan pengaruh dan ingin menghidupkan kembali sejarah perjuangan Komunis di negara ini. Bagi saya ini sangat merbahaya kepada negara. Sudah sewajarnyalah kerajaan dan pihak Polis menahan dan mendakwa mereka di Mahkamah. Jangan cuba-cuba mempersendakan undang-undang.

Saya ingin memperingatkan rakan-rakan semua tak kira fahaman politik apa yang anda ikut, sekiranya anda ingat negara ini tidaklah sebagus mana dan tidak selamat untuk diduduki, silakan tinggalkan negara ini. Jangan buat negara ini kacau-bilau. Apapun tahniah sekali lagi kepada pihak Polis kerana MENCEGAH SEBELUM PARAH! - IBM

No comments:

Post a Comment