Pages

Friday, July 22, 2011

Najib Korban Cuti Untuk Bertemu Rakyat

[DARI MEJA IBM ] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Slogan "Rakyat didahulukan percapaian diutamakan" terus diguna pakai oleh Pemimpin No 1 kita iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi. Beliau baru saja pulang dari lawatan ke luar negara bersama-sama isteri dan rombongannya.

Walaupun penat, tapi beliau sanggup mengorbankan cutinya semata-mata untuk bertemu dengan rakyat. Kini, beliau berada di negeri Selangor. Ini adalah salah satu program turun padang, PEMIMPIN BERSAMA rakyat. Syabas dan tahniah DS. Kami rakyat di negeri Selangor dan rakyat di seluruh negara sentiasa bersama-sama DS. Sokongan kami terhadap kepimpinan DS tidak akan berubah dan akan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang, Barisan Nasional (BN) ibarat "memegang erat menggenggam teguh" - IBM

Sumber Berita Dari : mynewshub

[KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.

Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

“(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

“Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta pemimpin parti-parti komponen BN.

“Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong,” kata Najib dengan disambut tepukan gemuruh.

“Saya beritahu Tan Sri Muhyiddin (bahawa) penting kepada kami berdua turun padang. Kami nak jumpa dengan rakyat Malaysia. Saya minta juga menteri-menteri turun bersama.

“Kita berjumpa dengan rakyat. Kita bertemu dengan rakyat. Kita beritahu pada rakyat bahawa mereka boleh bergantung harapan kepada kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Perdana Menteri juga dijangka melakukan lawatan ke negeri Perlis esok.

“Ini adalah gambaran bahawa kita akan melakukan bersungguh-sungguh… yang terbaik. Percayalah bahawa imej Malaysia masih begitu tinggi di luar negara tetapi yang penting adalah untuk kita dahulukan rakyat.

“Kami mahu beritahu kepada rakyat Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Najib turut disambut dengan kain rentang yang ditandatangani kira-kira 1.2 juta rakyat Malaysia yang melahirkan tanda sokongan terhadap kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kempen menurunkan tandatangan itu digerakkan oleh Kongres India Muslim Malaysia, salah satu daripada anggota gabungan Umno.]

- Bernama

6 comments:

  1. Salam Tuan IBM,

    Blog tuan saya follow tapi dah lama saya paut rasanya. Anyway sy sangat2 hargai jika orang berpengalaman macam tuan IBM sudi tunjuk ajar dalam berblogging.. orang lama banyak pengalaman. :)

    ReplyDelete
  2. W'kumusallam.

    Double Y.....
    Terima kasih. Tak hal. sama2 kita belajar. Saya pun bukanlah pandai sgt. Masih nk belajar dari rakan2 blogger yg lain. Pls keep intouch...:)

    ReplyDelete
  3. ada kata2 dr ahli umno yang mengatakan tentang konspirasi nak menjatuhkan Najib.yg nak jatuhkan dia org umno sendiri..ada yang mengatakan mereka2 ini hendak menukar umno.
    apa pendapat incik?
    sejauh mana kebenaranya..?
    adakah antara najib dan muhyidin mereka ini berbeza pendapat dlm umno?


    pendapat saya berbeza mengapa najib pulang..
    sebab dia pulang kerana dia dihentam hebat oleh media2 luar..hmmm
    jelaskan..

    ReplyDelete
  4. Salam.
    rod.....

    Dari sumber mana yg sdr dapat cerit yg karut ini.?..saya pun nk tahu juga. Dan ahli UMNO yg nk menjatuhkan DS Najib. Ini adalah satu fitnah yg sdr dengar atau pihak pembangkang sengaja nk melaga2kan kami ahli2 UMNO yg setia, tetap setia, dulu kini dan selama2nya.

    Tiada perselisihan faham antara DS Najib dgn Tan Sri Muhyiddin. Dia pulang cepat ke tanah air kerana merasakan dia lebih mementingkan rakyat. Misinya di luar negara utk mempermosikan nama Malaysia kaca mata dunia sudah mencapai matlamatnya. Maka dgn hati yg tenang, dia kembali ke Tanah Air utk berjumpa rakyat, kerana baginya rakyat didahulukan percapaian diutamankan. itulah misinya sebaga Perdana Menteri.

    Setahu saya tiada media luar yg menghentam teruk DS najib, cuma merka bertanyakan soalan yg ada berkaitan dgn peluang pelaburan di Malaysia. Itulah kebenarannya...

    ReplyDelete
  5. terima kasih..
    salam...
    hmm samaada benar atau tidak sama2 la kita lihat kebenarannya..jika tidak benar fitnah la tu namanya..
    sememangnya sy ni jenis yg tidak mempercayai apa yg di tv perkatakn..kerana bg sy, ini hanyalah salah satu cara untuk menguasai minda masyarakat terutama golongan tua,jadi di zaman internet ni anak muda sbenarnya lebih byk dapat berita2 yg xkeluar kat tv tu...hmm walau apa pun kajian itu penting..
    tp yang bab pm kene hentam dengan media tu mmg ada benarnya..biasa la media katakn..pm boleh handle okay la tu.

    ReplyDelete
  6. rod.....
    W'kumusalam.
    Fitnah adalah satu permaianan atau sejenis sarapan bagi PEMBANGKANG. Kalau tidak menabur fitnah sehari, itu bukan pembangkang namanya. Kita amant berasa sedih kerana pembangkang yg ada di negara kita ini adalah pembangkang yg inginkan kuasa, kerana mereka menggangapkan BN terlalu lama memerintah negara, dan bagi mereka sudah tiba pula giliran mereka utk menerajui negara.

    Dengan itu, mereka menggunakan cara yg salah mengajak rakyat memerontak utk menumbangkan kerajaan yg sedia ada. Dengan itu, tiada jln lain bagi mereka, terpaksa menabur fitnah, menghasut rakyat kononya kerajaan skrg kejam, menindas rakyat.

    Fokus mereka skrg ialah utk melaga2kan DS najib dan Tan Sri Muhyiddin. Tapi...rakyat semua tahu bro, rakyat bukan buta, rakyat bukan bodoh, mereka sudah boleh menilai yg mana baik dan yg mana buruk.....salute kpd kepimpinan DS Najib. Teruskan perjuangan mu Najib & co. Rakyat bersama2 mu.....

    ReplyDelete