Pages

Monday, August 29, 2011

Bekas KPN 'Naik Angin', labelkan Mat Sabu sebagai pengganas..

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mulaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Mat Sabu memang dah gila dan buta sejarah. Ekoran kenyataanya bahawa 'komunis' adalah wira negara. Ekoran dari itu, 23 laporan Polis telah dibuat. Dan, juga mendatangkan kemarahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hasan. Berikut, kenyataan beliau.....

Tan Sri Musa Hassan

Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan


KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

~ Kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabun itu, bukan sahaja mencetuskan kontrovesi, malah kata-kata itu boleh melukakan hati pihak tertentu khususnya anggota keselamatan yang berjuang untuk kemerdekaan sebelum ini. Dengan itu, saya setuju dengan apa yang di sarankan oleh bekas KPN supaya Mat Sabu dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana Mat Sabu ada mempunyai ciri-ciri perjuangan komunis dalam dirinya. IBM beranggapan bahawa Mat Sabu adalah seorang Komunis di era modern. Dan....IBM juga merasakan ada dalang di sebalik kontrovesi ini. Siapa Ya?...kita tungguuuuuuu. Biar pihak yang berwajib mencari jawapannya. Insyallah Mat Sabu akan di sabunkan oleh sabun mandinya. Ikhlas dari : IBM ~

No comments:

Post a Comment