Pages

Monday, August 29, 2011

Hujan Diramal Di Semenanjung Pada Aidilfitri

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera Kepada semua

~~ INFO CUACA :

KUALA LUMPUR: Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit, katanya.

Sementara itu, laporan pada laman web jabatan tersebut menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok.

Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu

Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam.

Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang.

Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik.

Maklumat lanjut mengenai cuaca boleh diperolehi menerusi www.met.gov.my. BERNAMA

~ Kepada anda semua yang baru nak berangkat balik ke kampung, berhati-hati bila memandu kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Jalan akan licin bila hari hujan. Oleh itu, patuhilah had laju yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pandulah dengan cara yang berhemah. Pandu cermat jiwa selamat dan biar lambat asalkan selamat. Selamat Hari raya kepada semua. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~


No comments:

Post a Comment