Felda yakin BN akan menang di semua kawasannya
KUALA LUMPUR - Felda yakin Barisan Nasional (BN) akan menang bertanding di semua kawasan yang mempunyai tanah rancangan Felda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, keyakinan tersebut adalah berikutan kesedaran di kalangan warga Felda tentang usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Katanya, pelbagai faedah telah dinikmati oleh para peneroka serta warga Felda dan ia menjadi bukti kukuh kejayaan kerajaan memajukan tanah rancangan itu.
"Saya yakin bahawa semua kerusi yang dipertandingkan di kawasan yang ada tanah rancangan Felda akan dapat dipertahankan dan juga dimenangi.
"Kepercayaan warga Felda terhadap kerajaan semakin hari semakin meningkat berikutan pelbagai faedah yang dapat dinikmati oleh mereka," katanya selepas majlis berbuka puasa Felda bersama media di sini, hari ini.
Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes saman fitnah RM200 juta yang tidak memihak kepada Felda, Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
"Kami menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Walaupun kami gagal dalam saman itu tetapi berpuas hati kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mahkamah membuktikan wujudnya unsur fitnah terhadap Felda," jelasnya.
WARGA FELDA SUDAH MASAK DENGAN KERENAH PEMBANGKANG. MAKA, KEPADA PEMBANGKANG, JANGAN INGAT WARGA FELDA BODOH DAN BOLEH DI PERMAINKAN, SEPERTI LEMBU DI CUCUK HIDUNGNYA. TUNGGUUUUUU DI PRU KE - 13 NANTI. - IBM
No comments:
Post a Comment