Pages

Thursday, August 18, 2011

Penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen : Apa Lagi Yang Pembangkang Tak Puas Hati??

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Menteri Setuju Jawatankuasa Terpilih Parlimen : Nazri

Jemaah Menteri, semalam bersetuju menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen, untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihanraya di negara ini.

Mengikut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, kabinet bersetuju usul mengenai cadangan penubuhan jawatnkuasa itu dibentangkan pada persidangan Parlimen Oktober ini. Menurutnya lagi, jawatnkuasa itu di anggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima dari parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Penubuhan ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Isnin lepas. Ini katanya, dalam usaha menambah baik proses pilihanraya di negara ini.

Datuk Seri Nazri Aziz

Apa Komen Mantan Perdana Menteri Kita ? :

Penubuhan jawatankuasa terpilih Parlimen ini, turut di sokong oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, penubuhan jawatnkuasa ini beetujuan mengubah proses pilihanraya bukan memenuhi kehendak pembangkang.

Menurutnya lagi, kemungkinan ada kekurangan di sana-sini, tetapi pada umumnya, pilihanraya di Malaysia adalah bersih, kalau tidak mana mungkin pembangkang memenangi kerusi, tetapi memenangi kerusi di negeri berbeza dan mungkin ada sedikit perkara tidak kena, tapi keseluruhannya pilihanraya di Malaysia bersih, katanya.

Tun Dr Mahathir Mohammad

Keyakinan akan penubuhan jawatankuasa terpilih Parlimen, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula berkata ianya mampu mengukuhkan sistem demokrasi negara sekali gus menjunjung kedaulatan undang-undang.

Bagi SPR, bila-bila masa bersedia memberi kerjasama apabila jawatnkuasa itu ditubuhkan kelak. Jesteru, beliau berharap perbincangan dan keputusan pembaharuan kepada sistem pilihanraya dapat dicapai dengan kata sepakat daripada semua pihak.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Bagaimanpun penubuhan jawataankuasa terpilih Parlimen ini juga mendapat reaksi yang berbeza dari pihak pembangkang :

Rasa tidak puas hati memang ada di kalangan pembangkang. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, beranggapan bahawa kerajaan hendaklah berunding dengan parti politik terlebih dahulu sebelum melaksanakan jawatankuasa terpilih Parlimen dan membentangkan pada sidang dewan akan datang.

Beliau tidak mahu penubuhan jawatankuasa sekadar memenuhi syarat tetapi akhirnya tidak dapat melakukan perubahan sistem pilihanraya sedia ada. Dan, sekiranya pilihanraya diadakan dalam masa terdekat ini, penubuhannya adalah tidak relevan kerana pembangkang agak sukar menyertai jawatankuasa itu sekirannya tiada rundingan antara parti politik terlebih dahulu.

Salahuddin Ayub

Bagaimana pula kerenah dari PKR?........

Wakilnya, melalui Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula meminta kerajaan dan Perdana Menteri menilai semula penubuhan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi membincang mengenai reformasi pilihanraya.

Beliau tidak bersetuju dengan perlantikan jawatankuasa terpilih Parlimen yang dianggotai sembilan ahli Parlimen, terdiri lima wakil Barisan Nasional (BN), tiga pembangkang dan seorang bebas. Menurutnya adalah tidak wajar.

Sebaliknya, Nurul mahu jawatankuasa tersebut di ketuai oleh pembangkang supaya mencerminkan keikhlasan pihak kerajaan dan mengambil konsep demokrasi sebenar. Baginya jawatankuasa ini sudah tempang dan minta Perdana Menteri menilai semula.

Nurul Izzah Anwar

Belum Apa-apa Pembangkang Sudah Gila kuasa, kata Pemimpin BN......

Tindakan pakatan pembangkang yang mahukan kepimpinan dalam Jawatankuasa Pemilihan Parlimen diberikan kepada wakil mereka atas alasan memastikan ketelusan dan keberkesanan penubuhannya adalah sesutau yang membuktikan sifat tamak mereka.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan membidas sikap pembangkang yang terbukti gilakan kuasa sedangkan ia sepatutnya perlu diputuskan mengikut majoriti kedudukan dalam Parlimen sendiri.

“Inilah inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mengelakkan sebarang syak wasangka wujud dan manipulasi oleh pihak tertentu tetapi baru saja diumumkan pembangkang sudah nyatakan mahu jadi pengerusinya sedangkan sepatutnya mereka beri input dan komitmen untuk jayakan jawatankuasa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menuntut supaya ia diketuai oleh pembangkang.

“Pembangkang boleh menjadi pengerusi atau ketua bagi jawatankuasa ini tapi itu akan berlaku sekiranya mereka menjadi kerajaan pusat dan sekarang ini sudah jelas yang berkerajaan adalah Barisan Nasional (BN) jadi terserahlah pada BN apatah lagi majoriti anggota Parlimen juga adalah dari BN.”


Kesimpulannya, jelas sekali betapa tamaknya pembangkang. Semua apa yang di syorkan oleh kerajaan tidak betul, mesti mengikut rentak mereka. Siapa mereka sehingga kerajaan mesti tunduk kepada kehendak mereka yang tidak relevan? Itulah pembangkang yang memang bercita-cita besar untuk mengambil alih tampuk kerajaan yang ada sekarang. Mereka terlalu kempunan nak ke Putara Jaya kerana itulah cita-cita besar oleh ketuanya, iaitu Datuk Seri Anwar, peliwat dan pembohong no 1 Malaysia. Kepada kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, teruskan penubuhan ini walaupun mendapat tentangan dari pihak pembangkang, kerana kita kerajaan dan mereka adalah pembangkang, dan selama-lamanya akan jadi pembangkang. Ikhlas : Dari : IBM

2 comments:

  1. Si Nurul tu gila, ada ke munasabah yang lemah nak jadi ketua kepada yang kuat dan yang sedikit menjadi ketua kepada yang banyak? Agaknya dia ni pun sijil beli.

    ReplyDelete
  2. Salam bro enalrahim,

    Perpatah melayu ada mengatakan, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Maka, begitulah apa yg si Nurul ini perolehi, sebiji mcm bapaknya si Al-Juburi tu. Saya yakin x lama lagi si nuar tu akan jadi gila, gila kuasa.

    ReplyDelete