FORUM SEJARAH ANGKATAN TENTERA
TARIKH PERISTIWA : 18.08.1987 |
Pada hari ini 18.8.1987, Menteri Pertahanan Tengku Ahmad Rithauddeen telah merasmikan Forum Pengkisahan Sejarah Angkatan Tentera, dengan tema "Darurat 1948 - 1960", bertempat di Auditorium Arkib Negara Malaysia. Forum ini merupakan yang ke-4 dalam siri Pengkisahan Sejarah Angkatan Tentera anjuran bersama Arkib Negara Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia. Objektif Forum itu ialah :-
Profesor Sejarah, Universiti Malaya, Dato' Dr. Khoo Kay Kim telah mempengerusikan forum tersebut dan diantara ahli panelnya ialah Jen. (B) Tan Sri Dato' Zain Hashim, Mej. Jen (B) Dato' Mahmod b. Suleiman, Kol (B) Dato' Yeop Mohidin b. Mohd Shariff dan Tan Sri C.C. Too. Dalam ucapannya, Tengku Rithauddeen memberitahu maklumat yang diperolehi hasil perbincangan itu amat bernilai sebagai bahan rujukan dan penyelidikan. Ini kerana, maklumat itu dapat membetulkan kesilapan fakta-fakta sejarah negara yang ditulis oleh penjajah. Di samping itu juga, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat tentang pengorbanan dan kesetiaan anggota pasukan keselamatan dalam memperjuangkan maruah bangsa dan negara. Sesungguhnya, pengkisahan sejarah angkatan tentera pada hari ini dalam tahun 1987, dapat mengumpulkan maklumat dan fakta penting sebagai rujukan generasi akan datang. |
No comments:
Post a Comment