Pages

Friday, September 30, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR :


 30 SEPTEMBER

GAMBAR HIASAN 


UPACARA MEMULAKAN KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BESUT TERENGGANU

TARIKH PERISTIWA : 30.09.1972

Pada hari ini 30.9.1972, Menteri Pertanian dan Perikanan, Tan Sri Haji Mohamad Ghazali bin Haji Jawi telah merasmikan permulaan kerja bagi Rancangan Pembangunan Pertanian Besut di Ampang Jajar, Sungai Besut Terengganu.
Rancangan Pembangunan Pertanian Besut yang menelan belanja berjuta-juta ringgit mempunyai dua tujuan utama iaitu:-
  1. Meningkatkan hasil padi dari 233 gantang seekar (1972) kepada 600 gantang seekar.
  2. Menentukan supaya petani-petani dapat menanam dua kali setahun bagi kawasan seluas 12, 600 ekar dengan mengadakan bekalan air sepanjang tahun.
Kawasan projek ini mempunyai lebih kurang 4 ribu keluarga petani. Hitung panjangnya tiap-tiap keluarga memiliki seluas 3.2 ekar padi, 1.6 ekar getah, 0.9 ekar dusun, 0.2 ekar tanaman kelapa dan 0.9 ekar untuk lain-lain kegunaan.
Bagi mengadakan satu sistem pengairan dan pembangunan pertanian yang baik, kerja-kerja pembinaan infrastruktur telah dijalankan, antaranya ialah :-
  1. Pembinaan Ampangan Jajar di Sungai Besut.
  2. Membaiki tali air dan pintu air yang dibina sejak 1957. Dalam peringkat pertama itu projek Ampangan Sungai Angga telah dibina untuk mengairkan kawasan padi seluas 2, 500 ekar.
  3. Pembinaan sistem pengairan yang baru.
  4. Membina dan membaiki jalan-jalan ladang
  5. Membina bangunan pejabat, rumah-rumah dan bengkel.
  6. Kompleks membeli dan mengilang padi LPN.
Rancangan Pertanian Besut adalah satu usaha kerajaan untuk mengadakan kemudahan pengairan bagi tanaman padi dua kali setahun. Ia juga merupakan Projek Pembangunan Pertanian yang disatukan di bawah Kementerian pertanian seperti Projek Johor Barat dan Projek Barat Laut Selangor.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Angka tidak menyebelahi Pas, sujudlah mereka dengan DAP!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


EMAIL DARI PEMBACA :



Politik adalah permainan yang berkait rapat dengan angka. Apabila berpolitik berpaksikan perasaan dan menafikan angka, segala strategi dan kaedah akan meletakkan parti dalam keadaan kacau bilau dan tidak tentu hala.
Realiti inilah yang sedang melanda Pas. Parti serpihan UMNO ini berpolitik ikut perasaan. Dendam kesumat, marah membara, dengki khianat dan belot menyelubungi diri setiap pemimpin Pas dari dahulu hingga kini.
Sejarah penubuhan Pas itu sendiri adalah dari perasaan marah, dendam dan dengki orang yang kalah bertanding jawatan Yang DiPertua UMNO. Ini sejarah yang Mat Sabu, timbalan presiden Pas yang ditangkap khalwat dengan isteri orang tidak berupaya menulisnya semula.!
Pas sedar, apabila dicongak bilangan dan angka rupanya parti mereka adalah parti picisan. Bukan dominan. Yang menguasai dari segi angka ialah DAP. Itu sebabnya Pas kelam kabut menukar hala tuju parti dari negara Islam kepada negara berkebajikan dan terkini mendokong idelogi komunis!
Jangan Pas jual temberang nak cerita dari aspek kebajikan. Sepanjang Nik Aziz mentadbir Kelantan, kebajikan apa yang boleh dibanggakan.
Kebajikan yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional berbanding pakatan pembangkang macam langit dengan bumi.
Dari dalam kandungan ibu sudah dijaga kebajikan seseorang hinggalah ke liang lahat.
Setiap kali demam pilihanraya melanda, Nik Aziz bersandiwara lagi tentang hukum hudud. Lihatlah apa kesudahannya, apabila ditempik oleh Karpal, Pas yang ibarat anjing menyalak bukit akan diam.
Kenapa ini berlaku. Jawapnya kerana angka tidak menyebelahi Pas. Mereka kena tunduk dan sujud dengan DAP.
Kepada semua rakyat Malaysia janganlah buang masa memikirkan parti mana nak dipilih dalam PRU13, pilih saja Barisan Nasional kerana angkanya mantap dan menyakinkan.
Kebajikannya kepada rakyat sudah terbukti. Transformasi berjaya, rakyat sejahtera.
Sah, memang sah. Pas bukanlah parti Islam dan juga bukan parti yang memperjuangkan Islam. Cakap je bergegar-gegar, tapi habuk pun tark. Mereka sanggup tunduk kepada kehendak DAPig dan memng sohehlah Pas kuda tonggangan kepada DAP. Aduhai!...memang memalukan Pas ni...HAMPEH!..PAS MEMANG HAMPEHHH!. Geram betul ni. Dari saya yang benar : IBM ~

Thursday, September 29, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


29 SEPTEMBER 



USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO DILULUSKAN SEBULAT SUARA

TARIKH PERISTIWA : 29.o9.1946

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1946 UMNO terus berkembang menjadi salah sebuah parti yang memperjuangkan hak orang Melayu. Sebagai salah sebuah parti politik yang matang, UMNO mempunyai peraturan dan Perlembagaan partinya sendiri sebagai landasan perjuangan mereka. Pada hari ini 29 September 1985 bersempena dengan perhimpunan agung UMNO yang ke 36 ahli-ahlinya telah mengusulkan sebanyak 12 pindaan ke atas perlembagaan parti tersebut. Antara usul-usul yang penting yang telah mendapat sokongan sebulat suara pindaannya termasuklah memberi kuasa tambahan kepada Majlis Tertinggi dan satu lagi untuk menghadkan penggunaan wang bagi kempen pemilihan. Selain dari itu usul mengenai peraturan persidangan dan mengemaskinikan peraturan mesyuarat di perhimpunan agung juga turut diluluskan. Y.A.B. Tun Ghafar Baba selaku pengerusi kepada pindaan perlembagaan tersebut menjelaskan usul-usul penting ini diluluskan sebagai langkah untuk memantapkan lagi UMNO sebagai parti yang menjadi teras pemerintahan negara. Di samping itu usul yang dipinda ini terutama mengenai tambahan kuasa Majlis Tertinggi ini adalah antara lain melibatkan soal membanteras gejala politik wang dan penyalahgunaan kuasa. Kuasa-kuasa tambahan juga adalah untuk mendisiplinkan ahli bagi memperkemaskan jentera pentadbiran parti di semua peringkat. Usul yang diterima sebulat suara ini bertepatan dengan perhimpunan ke 36 yang pertama kalinya diadakan di Komplek UMNO yang baru di Jalan Tun Ismail. Terdahulu Y.A.B. Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmi Komplek UMNO pada 26 September 1985. Persidangan yang meluluskan sebulat suara beberapa usul pindaan perlembagaan telah berlangsung di kompleks baru UMNO ini. Dengan lulusnya pindaan-pindaan perlembagaan UMNO ini akan membolehkan parti itu menyusun strateginya dengan lebih mantap lagi di masa-masa hadapan.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Negeri Sembilan Anti Mat Sabu, dilarang masuk ke negeri itu..??.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



Mat Sabu diibaratkan 'cacing kepanasan'. Dimana-mana, diceruk kampung, meranta bandar, diseluruh negeri, satu Malaysia, rakyat sudah melaungkan 'Anti Mat Sabu', gara-gara pemimpin Pas itu menyatakan bahawa Mat Indra adalah wira dalam tragedi Bukit Kepong.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, memberi amaran akan melancarkan protes sekirannya Timbalan Presiden Pas itu hadir dan membuat ceramah di negeri itu pada masa-masa akan datang.

Bagi pandangan IBM, elok juga Mat Sabu diberi amaran yang segitu rupa. Orang macam Mat Sabu ini yang dibaratkan muka tembuk, tak tahu malu, tak sedar diri dapat menerima amaran tersebut dan cepat-cepat muhasabah diri dan cermin-cerminkan diri tu dulu.

IBM rasa, amaran yang dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan itu, Mohd Noor Nordin Abdullah memang kena pada masa dan tempatnya. Kalau Mat Sabu masih lagi mendiamkan diri, tidak ingin meminta maaf secara terbuka berhubung dengan kenyataannya yang penuh kontrovesi itu, sudah wajarlah Perkasa Negeri Sembilan membuat tindakan yang sedemekian rupa.

Menurut Mohd Noor, mereka bukan anti Pas, tapi cuma anti Mat Sabu. Pas boleh meneruskan ceremahnya di Negeri itu, tetapi dengan syarat tanpa Mat Sabu. Itu adalah amaran yang keras dari Perkasa.

Elok beno le sekiranya ada penganjur dan buat road show 'Anti Mat Sabu'. IBM sokong 100%. Kena ajak sikit Mat Sabu ni. Ada sesiapa berani?...hehehe...saja nak test market. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Tuesday, September 27, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


 27 SEPTEMBER



ISTIADAT PEMASYHURAN PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH PERAK

TARIKH PERISTIWA : 27.09.1954


Pada hari ini 27.9.1954, DYMM Sultan Perak Sultan Yussuf Izzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Radzialah telah berkenan melakukan istiadat pemasyhuran pindaan Undang-Undang Tubuh Perak. Istiadat tersebut berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dengan disaksikan oleh seramai 100 orang kaum kerabat Diraja, Pembesar-Pembesar Negeri, Ahli-Ahli Mesyuarat Negeri serta Konsul Muda Indonesia di Pulau Pinang. Sebelum istiadat pemasyhuran ini dijalankan, segala pindaan yang hendak dibuat terhadap Undang Tubuh Perak ini telah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Negeri pada 1 hb Julai, 1954. Setelah dipersetujui barulah upacara menandatangani pemasyhuran dijalankan pada hari ini dalam tahun 1954. Istiadat tersebut didahului oleh DYMM Sultan dan kemudian diikuti oleh 23 orang lain iaitu 7 orang dari Kerabat Diraja, 3 Orang Besar Beremapat, 7 Orang Besar Delapan, 2 Orang Tok Muda dan 4 Orang pihak Tua-Tua. Pindaan Undang Tubuh Perak ini banyak melibatkan Majlis Mesyuarat Negeri. Antara lain pindaan ini menetapkan anggota Majlis Mesyuarat Negeri mestilah mengandungi ahli rasmi dan ahli-ahli bukan rasmi. Di samping itu ia juga mesti mempunyai 20 orang ahli yang dilantik oleh ramai.
Calon-calon yang boleh dilantik tertakluk kepada 2 syarat kelayakan :-
  1. Berumur 21 tahun ke atas.
  2. dan telah menetapkan dalam negeri lebih dari 6 bulan berturut-turut dari tempoh pendaftaran pemilihan dibuat.
Pemasyhuran pindaan Undang Tubuh Perak yang dibuat pada hari ini dalam tahun 1954 ini boleh disifatkan sebagai langkah positif ke arah berkerajaan sendiri. Dengan pindaan ini, kuasa Sultan telah diperkuatkan. Ahli-ahli tidak rasmi mendapat kedudukan yang lebih sempurna manakala orang Melayu pula mendapat kedudukan lebih suara.
SELAMAT MEMBACA KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Sampai bila PAS dan DAP mampu berlakun??

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


Kalaulah di Malaysia ini ada mempunyai sebuah badan NGO yang di pertanggungjawabkan oleh Kerajaan bagi memilih dan sekali gus menganugerahkan Pelakon 'Terbaik' didalam bidang politik, sudah tentu pemenangnya ialah parti PAS dan DAP.

Mereka memang pakar, dan rakyat terkeliru dengan dakyah dan lakonan mereka. Tapi...sampai bila lakonan ini dapat di teruskan?....cuba baca dibawah ini apa yang dikatakan bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat. Baca jangan tak baca.........


KUALA LUMPUR 26 Sept – Pas hari ini dilihat sudah kehabisan modal untuk disogokkan kepada masyarakat  dalam usaha mengekalkan populariti parti itu setelah melihat Model Negara Berkebajikan tidak mampu untuk melonjakkan sokongan terhadap mereka.
Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad berkata atas dasar itu, Pas terpaksa menggali semula isu Hudud dalam usaha mengekalkan momentum mereka untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
Soal  beliau apakah Pas sedar atau tidak, hudud tidak lagi berada di dalam perjuangan Pas kerana mereka telah menukar konsep perjuangan kepada Negara Berkebajikan baru-baru ini dan perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan Pas hari ini.
Pelaksanaan Hudud itu di atas dasar Negara Islam..Tetapi hari ini bukankah Pas dah tukar kepada Negara Berkebajikan. Sepatutnya isu itu tidak timbul lagi.
“Apa yang patut diutarakan oleh Pas hari ini ialah bagaimana mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan itu.  Apa ciri-ciri serta pelbagai aspek lain yang perlu diberi penekanan. Mungkin mereka menyesal dengan menukar kepada konsep baru yang menyebabkan mereka hilang modal politik,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kemelut pelaksanaan Hudud timbul kembali hari ini dengan masing-masing mula membidas antara satu sama lain dan kepimpinan pakatan pembangkang dilaporkan menutup isu ini sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September.
Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya menegaskan Pas dan DAP hanya bersandiwara antara satu sama lain kerana mereka hanya mahukan populariti dan bukannya ikhlas dalam memperjuangkan yang diwar-warkan.
“Percayalah Pas dengan agendanya dan DAP pula dengan agendanya…Masing-masing hanya berlakon untuk memastikan undi mereka tidak lari.
“Kita jangan terperangkap dengan mainan politik lama Pas yang hanya menggunakan hudud untuk kepentingan politik mereka. Berhati-hati dalam mebuat kenyataan kerana dikhuatiri akan termasuk di dalam perangkap yang dipasang oleh Pas dan kuncu-kuncunya.
“Namun apa pun saya percaya Pas akan terjerat dengan isu ini dan akan mencari pihak lain untuk dijadikan kambing hitam. Tunggu dan lihatlah episod seterusnya nanti, ” katanya. -MediaUMNO
Bagi IBM, lakonan mereka ini tidak le kemana perginya. Percayalah, tidak lama lagi kebenaran akan terpancut keluar. Kita tengok siapa yang kena. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Monday, September 26, 2011

Singapura gila talak, Kuan Yew nyanyuk, dah tua....

[DARI MEJA IBM] : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.



IBM pernah terbaca dalam sebuah akhbar akan kata-kata Lee Kuan Yew bahawa penduduk Cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan secara sistematik kerana mereka rajin dan berjaya.

Maksud Kuan Yew, cuma di Singapura rakyat keturunan Cina mendapat hak yang sewajarnya. Beliau turut membayangkan kaum-kaum lain di rantau ini kurang berjaya dan tidak rajin, sebab itulah masyarakat Cina ditekan. Kenyataan sebegini hanya menimbulkan kegusaran, prejudis, curiga dan sentimen perkauman peringkat Nusantara.

Contohnya, sudah pasti ada yang akan menuding jari pada Singapura bertanyakan nasib orang Melayu di sana pula. Lebih menyedihkan lagi Kuan Yew antara arkitek pembentukan Malaysia September 1963 yang turut disertai Singapura pada peringkat awalnya.

Malang, ucapan-ucapan Kuan Yew semasa itu Singapura berada di dalam Malaysia berbau perkauman, dan ia sangat mendukacitakan Tunku Abdul Rahman yang sebelum itu dipujuk Kuan Yew supaya menerima Singapura. Malaysia memutuskan Singapura harus meninggalkan negara ini supaya tidak berlaku ledakan sentimen perkauman. Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung UMNO sebagai satu protes. Masih ingatkah lagi Kuan Yew?

Tapi, kenyataan disebuah akhbar hari ini, kenyataan Lee Kuan Yew, seolah-olah ingin merujuk kembali untuk bersama Malaysia, walaupun secara bersahaja, dia mengatakan Singapura tidak akan bercantum kembali dengan Malaysia. Kenyataan beliau, seperti ada 'udang di sebalik batu.' Mari baca dan kita nilaikan bersama :


[Singapura, Malaysia tidak mungkin bergabung semula - Kuan Yew]

[SINGAPURA 25 Sept. - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew membayangkan negara ini dan Malaysia tidak mungkin akan bergabung semula pada masa depan, setelah penyertaan republik itu dengan Malaysia pada 1960-an menemui kegagalan.
Kuan Yew berkata demikian ketika ditanya oleh seorang rakyat Malaysia semasa Dialog Global Singapura pada Khamis lalu, sama ada beliau menjangkakan kedua-dua negara itu akan bergabung daripada segi ekonomi dan politik bagi mengimbangi kebangkitan Indonesia sebagai sebuah kuasa di rantau ini.
Lee, bagaimanapun, menyatakan bahawa terdapat 'perkembangan positif' antara Singapura dan Malaysia, lapor Channel NewsAsia.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai 'pandangan yang positif terhadap hubungan dua hala' apabila membangunkan Wilayah Iskandar di selatan Johor dan menjadikan Singapura seperti 'Shenzen' merujuk kepada kawasan perindustrian di China, Lee berkata, ''(Singapura dan Malaysia) merupakan satu set kuasa pelengkap yang akan menjadi lemah dan tidak membawa menguntungkan kepada kedua-dua negara jika (Singapura dan Malaysia) tidak berbaik-baik.''
Tambah beliau: "Kamu (Malaysia) mahukan pelaburan daripada kami dan kami pula mahu melabur. Untuk tujuan itu, kami tidak mahu mempunyai masalah dengan Malaysia dan Malaysia yang mahukan banyak pelaburan sudah pasti tidak akan menimbulkan masalah kepada kami.
"Jadi itu merupakan satu perkembangan yang positif," katanya.
Semasa dialog yang berlangsung selama 40 minit itu, Lee turut menyentuh tentang pentingnya Singapura untuk 'mengekalkan perpaduan nasional' dan kekayaan negara ini diagih-agihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di republik ini.
Katanya, sistem meritokrasi, pragmatisme dan sebuah kerajaan yang bersih akan membantu Singapura untuk terus maju.
Ketika ditanya mengenai Pilihan Raya Umum pada Mei lalu, yang menyaksikan sokongan terhadap parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat semakin merosot, Lee berkata, ia "memang dijangka akan berlaku" kerana generasi muda ingin melihat persaingan. - AGENSI]




Apakah Kuan Yew masih dihantui peristiwa silam? Apakah Kuan Yew benar-benar gusar terhadap masa depan hubungan antara kaum? Apakah Kuan Yew bercakap dalam konteks kebangkitan China dan India sebagai kuasa ekonomi besar dunia? Apakah Kuan Yew mahu menjadikan Singapura negara contoh kepada yang lain? Untuk menjawab persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menyingkap sejarah. Dan Lee Kuan Yew juga harus menyingkap sejarah kembali ini. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


26 SEPTEMBER 


SEMINAR KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN ASEAN DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN PWTC, K.L.

TARIKH PERISTIWA : 26.09.1988

Kebudayaan dan pelancongan adalah di antara aspek utama yang menyumbang kepada pendapatan negara. Selain dari memelihara warisan negara, kebudayaan juga berjaya menarik minat pelancong-pelancong dari luar negara untuk melawat dan melihat negara kita dengan lebih dekat lagi. Kedatangan mereka membawa rezeki kepada penduduk tempatan dan turut menyumbang kepada pendapatan negara. Pada hari ini 26 September 1988, satu seminar mengenai kebudayaan dan pelancongan ASEAN telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Y.B. Dato’ Sabbaruddin Chik di Pusat Dagangan Dunia Putra. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil ASEAN (Sub-Committee on Tourism). Sebanyak 6 kertas kerja dibincangkan di seminar tersebut. Seminar peringkat ASEAN ini buat pertama kalinya diadakan di sini bagi sama-sama membincangkan soal-soal kebudayaan dan pelancongan di rantau ini. Ini kerana pelancong-pelancong yang datang ke salah satu negara-negara ASEAN diharapkan akan menghabiskan masa untuk melawat kesemua negara ASEAN yang berjiran. Usaha-usaha bersama akan dapat membantu memajukan industri pelancongan di negara-negara ASEAN dan Malaysia khasnya. Bagi negara kita, Malaysia, industri pelancongan sentiasa diberikan perhatian supaya kehadiran pelancong-pelancong di negara kita ini akan menjadi kenangan manis untuk mereka dan diharapkan mereka akan datang lagi di masa-masa hadapan. Melalui seminar ini agensi-agensi pelancongan negara akan dapat merangka dan mempelajari teknik-teknik dan kepakaran agensi-agensi pelancongan di lain-lain negara ASEAN. Melalui seminar juga mereka akan dapat bertukar fikiran dan pengalaman masing-masing dalam industri pelancongan negara-negara berjiran di rantau ASEAN.
SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Mat Sabu dibaling botol semasa ceramah, padan muka!!

[DARI MEJA IBM] : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



Ketawa besar IBM bila mendapat khabar bahawa 'CERAMAH Mat Sabu Kecoh'. Majlis tersebut dianjurkan oleh Pas kawasan Ampangan, Seremban.  Mengikut cerita kawan saya tu, keadaan tegang apabila kira-kira 80 orang, termasuk bekas askar mengadakan bantahan sehingga berlaku pergelutan, baling batu dan botol air, mengakibatkan dua orang cedera.

Kekecohan mula berlaku apabila sebahagian anggota kumpulan terbabit mendesak untuk bersemuka dengan Mat Sabu, tapi tidak dibenarkan oleh pihak penganjur. Mat Sabu ceramahnya lebih kurang pukul 10.15 malam.


Gambar Hiasan

Sebelum itu, mereka dilihat mula berkumpul kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah sambil membawa beberapa 'sepanduk' dan melaungkan slogan yang menyatakan pendirian mereka terhadap Mat Sabu. Mereka mula berkumpul disitu lebih kurang pukul 8:40 malam.

Apabila mereka ingin memasuki kawasan ceramah tersebut, dan dihalang oleh petugas-petugas Pas yang mengawal jalan masuk ke lokasi tersebut, anggota-anggota kumpulan tersebut cuba merempuh sekatan untuk menyerbu Mat Sabu mengakibatkan berlaku insiden tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua pihak.

Oleh kerana gagal mengawal emosi, beberapa individu bertindak mengkasari petugas-petugas Pas dan melontar air mineral serta batu. Mengikut cerita kawan IBM, dua lelaki, iaitu petugas-petugas Pas cedera akibat ditumbuk . Lebih kurang 15 kemudian anggota Polis tiba ditempat kejadian menenangkan keadaan.

Mat Sabu tetap meneruskan ceramahnya yang berakhir lebih kurang 11:45 malam.

Itu menunjukkan orang dah terlalu marah kat Mat Sabu. Dia sepatutnya berhenti membuat ceramah buat seketika, biar keadaan reda sedikit. Walau apa pun, IBM percaya, pihak Pas akan menuduh orang-orang UMNO lah dalangnya yang menyebabkan kumpulan tersebut menyerang Mat Sabu. Percayalah. Siapa tak kenal Mat Sabu. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

MCA, Gerakan memang ada hati bantu DAP...

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



IBM menyokong penuh dengan apa yang disuarakan oleh mantan PM kita, Tun Dr Mahathir yang mendakwa MCA dan Gerakan tidak mempunyai 'semangat Barisan Nasional (BN)' apabila mereka mengeluarkan kenyataan sanggup berpisah dengan UMNO sekirannya parti kita melaksanakan hukum 'hudud'.

Mereka, MCA dan Gerakan tidak perlu membuat kenyataan yang sedemikian rupa kerana UMNO tetap dengan pendiriannya tidak akan bersetuju dengan Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Ini bukan bermakna UMNO anti hudud, tapi belum sesuai buat masa ini. 

IBM membuat pendirian ini, kerana apa yang dikatakan oleh mantan PM kita itu ada lojiknya. MCA dan Gerakan seolah-olah ingin mencari pasal dan sengaja nak cari pecah-belah supaya mereka boleh keluar dan menolong DAP. Perkara ini memang IBM dah dapat hidu dan rasakan bahawa MCA dan Gerakan memang ada membuat perjumpaan dan berbincang secara sulit dan merancangkan sesuatu.

Dengan itu, mereka mengambil kesempatan dengan isu hudud ini untuk berpisah dengan UMNO/Barisan Nasional (BN). Bagi IBM, sekiranya itu yang mereka mahu, dan jika mereka beranggapan karier politik parti mereka tidak selamat bersama dengan Barisan Nasional (BN)..silakanlah.....tinggalkanlah dan keluarlah dengan segala hormatnya. 

Komen saya senang je. Kalau Cina tu, tetap Cina, dia akan sokong bangsanya juga. IBM bukan anti Cina, tapi ada lojiknya. Berbeza kita orang-orang melayu, sanggup bermasam muka dan hilang saudara semata-mata kerana berbeza idealogi politik. Maka, fikir-fikirkanlah sebelum terlambat. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Sunday, September 25, 2011

Isu Hukum Hudud : Sandiwara terbaru Pas, DAP

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA




Dalam isu untuk melaksanakan hukuman Hudud yang kian hangat di perkatakan beberapa hari ini, IBM berkeyakinan penuh, bahawa ini adalah satu sandiwara terbaru diantara Pas dan DAP. Pertelingkahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung penubuhan Negara Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, tidak lebih sebagai satu lagi permainan politik antara kedua parti gabungan Pakatan Rakyat (PR).

IBM beranggapan, tindakan Karpal Singh yang sekali lagi mempersoalkan kewajaran Nik Aziz mehu melaksanakan hudud yang menurutnya melanggar perlembagaan seperti yang dijangkakan sebelum ini. Segala bantahan yang dibuat oleh Pengerusi DAP itu akan segala usaha Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hudud tidak menimbulkan sebarang kehairanan, malah sudah dijangkakan.

Kita anggaplah ianya hanyalah satu sendiwara politik yang berlainan ideologi tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu ingin menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Selama ini, pengikut-pengikut tegar kedua-dua parti ini beranggapan mereka 'serasi', tetapi itu hanyalah sandiwara dan akhirnya terbongkar.

Dalam hal ini, janganlah ramai lagi rakyat tertipu oleh 2 ekor beruk ni yang tak habis2 mendatangkan masalah pada rakyat dan negara. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


 25 SEPTEMBER

Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas Stadium Merdeka


KERJA-KERJA PEMBINAAN STADIUM MERDEKA DIMULAKAN
TARIKH PERISTIWA : 25.09.1956

 
Pada hari ini dalam tahun 1956, kerja-kerja pembinaan Stadium Merdeka telah dimulakan. Pembinaan stadium ini dilakukan atas desakan Persatuan Bola Sepak Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaya selepas Perang Dunia Kedua kerana stadium yang terdapat di Jalan Ampang tidak dapat digunakan lagi. Pada 15 September 1955, Jawatankuasa Perancangan Pembinaan Stadium diwujudkan bagi mengkaji pelan dan kos pembinaannya. Sebanyak 160 pelan cadangan dikemukakan kepada kerajaan dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah $ 2.3 juta. Tetuan K.C Boon Co. Ltd dan Tetuan Lim Quee and Sons telah dilantik sebagai kontraktor utama serta pengendaliannya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Tanah Melayu. Pada 15 Februari 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah meletakkan batu asas stadium ini. Pembinaan stadium ini dipercepatkan bagi membolehkan acara sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dapat dilakukan pada 31 Ogos 1957. Pada 21 Ogos 1957, pembinaan Stadium Merdeka selesai dilakukan dan pengendaliannya diserahkan kepada Lembaga Penguasa (Board of Control). Stadium Merdeka telah dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada 24 hingga 29 Ogos 1957. Upacara perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 30 Ogos 1957. Pembinaan Stadium Merdeka pada hari ini dalam tahun 1957 menjadi lambang kemegahan negara kerana ia bukan sahaja menjadi lokasi bagi acara-acara sukan tetapi juga menjadi lokasi bagi acara-acara penting negara.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Saturday, September 24, 2011

Pok Nik mudah lupa, Karpal terkapai-kapai...

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.




Tubuh Negara Islam: Karpal Terus Bidas Nik Aziz
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan DAP boleh memilih untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya membantah rancangan PAS menubuhkan sebuah negara Islam.
"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
"Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar PAS yang diadakan tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Ayat yang power keluar dari mulut Karpal, lupakah Nik Aziz?

Karpal menyebut resolusi PAS bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.
"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya.
Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju hasrat kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dan hasrat parti itu menubuhkan negara Islam. -BERNAMA
Suka betul tengok dua ekor berok dari Pakatan ni gaduh sesama sendiri. Bagus le tu...hehehe..tak lama lagi karamlah Pakatan Rakyat. Puncanya....'HUDUD'. Selamat menuju kehancuran Pakatan Rakyat. Saya yang benar dan sentiasa berdoa agar hancurlah Pakatan Haram : IBM ~