ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR :
30 SEPTEMBER
GAMBAR HIASAN
UPACARA MEMULAKAN KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BESUT TERENGGANU TARIKH PERISTIWA : 30.09.1972 |
Pada hari ini 30.9.1972, Menteri Pertanian dan Perikanan, Tan Sri Haji Mohamad Ghazali bin Haji Jawi telah merasmikan permulaan kerja bagi Rancangan Pembangunan Pertanian Besut di Ampang Jajar, Sungai Besut Terengganu.
Rancangan Pembangunan Pertanian Besut yang menelan belanja berjuta-juta ringgit mempunyai dua tujuan utama iaitu:-
Kawasan projek ini mempunyai lebih kurang 4 ribu keluarga petani. Hitung panjangnya tiap-tiap keluarga memiliki seluas 3.2 ekar padi, 1.6 ekar getah, 0.9 ekar dusun, 0.2 ekar tanaman kelapa dan 0.9 ekar untuk lain-lain kegunaan.
Bagi mengadakan satu sistem pengairan dan pembangunan pertanian yang baik, kerja-kerja pembinaan infrastruktur telah dijalankan, antaranya ialah :-
Rancangan Pertanian Besut adalah satu usaha kerajaan untuk mengadakan kemudahan pengairan bagi tanaman padi dua kali setahun. Ia juga merupakan Projek Pembangunan Pertanian yang disatukan di bawah Kementerian pertanian seperti Projek Johor Barat dan Projek Barat Laut Selangor.
|
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
No comments:
Post a Comment