Pages

Friday, September 30, 2011

Angka tidak menyebelahi Pas, sujudlah mereka dengan DAP!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


EMAIL DARI PEMBACA :



Politik adalah permainan yang berkait rapat dengan angka. Apabila berpolitik berpaksikan perasaan dan menafikan angka, segala strategi dan kaedah akan meletakkan parti dalam keadaan kacau bilau dan tidak tentu hala.
Realiti inilah yang sedang melanda Pas. Parti serpihan UMNO ini berpolitik ikut perasaan. Dendam kesumat, marah membara, dengki khianat dan belot menyelubungi diri setiap pemimpin Pas dari dahulu hingga kini.
Sejarah penubuhan Pas itu sendiri adalah dari perasaan marah, dendam dan dengki orang yang kalah bertanding jawatan Yang DiPertua UMNO. Ini sejarah yang Mat Sabu, timbalan presiden Pas yang ditangkap khalwat dengan isteri orang tidak berupaya menulisnya semula.!
Pas sedar, apabila dicongak bilangan dan angka rupanya parti mereka adalah parti picisan. Bukan dominan. Yang menguasai dari segi angka ialah DAP. Itu sebabnya Pas kelam kabut menukar hala tuju parti dari negara Islam kepada negara berkebajikan dan terkini mendokong idelogi komunis!
Jangan Pas jual temberang nak cerita dari aspek kebajikan. Sepanjang Nik Aziz mentadbir Kelantan, kebajikan apa yang boleh dibanggakan.
Kebajikan yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional berbanding pakatan pembangkang macam langit dengan bumi.
Dari dalam kandungan ibu sudah dijaga kebajikan seseorang hinggalah ke liang lahat.
Setiap kali demam pilihanraya melanda, Nik Aziz bersandiwara lagi tentang hukum hudud. Lihatlah apa kesudahannya, apabila ditempik oleh Karpal, Pas yang ibarat anjing menyalak bukit akan diam.
Kenapa ini berlaku. Jawapnya kerana angka tidak menyebelahi Pas. Mereka kena tunduk dan sujud dengan DAP.
Kepada semua rakyat Malaysia janganlah buang masa memikirkan parti mana nak dipilih dalam PRU13, pilih saja Barisan Nasional kerana angkanya mantap dan menyakinkan.
Kebajikannya kepada rakyat sudah terbukti. Transformasi berjaya, rakyat sejahtera.
Sah, memang sah. Pas bukanlah parti Islam dan juga bukan parti yang memperjuangkan Islam. Cakap je bergegar-gegar, tapi habuk pun tark. Mereka sanggup tunduk kepada kehendak DAPig dan memng sohehlah Pas kuda tonggangan kepada DAP. Aduhai!...memang memalukan Pas ni...HAMPEH!..PAS MEMANG HAMPEHHH!. Geram betul ni. Dari saya yang benar : IBM ~

No comments:

Post a Comment