ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN DAN SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
BOM PETROL (Gambar Hiasan)
Rumah Mat Sabu Dilempar Bom Petrol
PETALING JAYA: Rumah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Seksyen 19 Shah Alam dilempar bom petrol kira-kira pukul 12.30 malam Isnin.
Menurut anak Mohamad, Ahmad Saiful Islam, 23, kejadian berkenaan dipercayai dilakukan dua remaja lelaki.
"Mereka kelihatan seperti pelajar sekolah. Kedua-dua mereka hadir tanpa menaiki sebarang kenderaan.
"Bom petrol berkenaan dilempar mengenai pintu pagar hadapan rumah," katanya.
Bagaimanapun menurut Ahmad Saiful, remaja berkenaan melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari oleh jiran.
Pihak polis tiba ditempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian.
Tambah Ahmad Saiful lagi, ketika kejadian hanya kakaknya, Nurul Huda Mohamad, 28, berada di rumah.Polis telah mengesahkan mengenai kajadian tersebut.
Ingatkan Mat Sabu ramai peminat, tapi ada juga yang tak suka kat dia ye...hehehehe. ..nasib baik bom petrol, kalau time bom, habis le Mat Sbu. Itulah, mulut tu celupar beno. Bertaubat le Mat Sabu oii. Ikhlas dri saya : IBM ~
No comments:
Post a Comment