ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak muncul di slot pagi stesen radio berbahasa Inggeris Hitz.fm dan Mix FM di Astro, pagi Selasa.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonjolkan perwatakan yang santai dengan mengusik dan bergurau-senda ketika muncul di slot pagi Gotcha Call stesen radio Hitz.fm, pagi Selasa.
Pada kemunculan itu, PM sempat membantu penyampai JJ dan Ean membuat panggilan mengusik kepada Pengurus Besar Program AMP Radio Networks, Jake Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jakeman.
Ketika ditanya oleh JJ apa yang bermain di fikirannya ketika membuat panggilan telefon itu, Najib berkata: “Saya memang mahu mendapatkannya (Jake)!.”
Menerusi panggilan usikan itu, Najib bertanya kepada Jakeman adakah anak lelakinya yang merupakan seorang turntablist boleh melakukan tugas DJ di kelab malam Jake.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi temuramah bersama penyampai slot pagi MIX fm, JD (kiri) dan Dilly (kanan) di Astro, pagi Selasa.
Jakeman yang terkejut dan tidak percaya bahawa dia sedang berbual dengan PM, lantas bersetuju untuk menjalankan uji bakat ke atas anak Najib.
Terdahulu, Najib ‘bertarung’ dengan seorang pemanggil stesen radio Mix FM, Yang Poh Ling dalam slot Battle of the Sexes ketika bersiaran dengan penyampai JD dan Dilly.
Beliau juga memberitahu JD dan Dilly bahawa dia agak gementar ketika muncul di radio.
“Saya jarang gementar!” kata Najib yang menghabiskan sekitar setengah jam pada setiap stesen radio tersebut, selain membuat kemunculan mengejut di Era FM bersama penyampai dan pengacara Aznil Nawawi.
Najib juga sempat berkongsi pandangannya tentang bola sepak dan muzik ketika ditemuramah di kedua-dua stesen radio berbahasa Inggeris itu.
Nampaknya susah le DJ2 yang lain naik cari makan. Memang PM mempunyai bakatnya yang tersendiri. Memang hebat, walaupun ada sedikit gementar dipermulaan siaran. Syabas DS!. Ikhlas dari saya : IBM ~
No comments:
Post a Comment