ASSALAMUALAIKUM SEMUA YANG BUDIMAN SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
KUALA LUMPUR Sept. - Malaysia akan berada dalam 'zon bahaya' sekali gus menjadi sebuah negara tidak beridentiti sekiranya rakyat memberi mandat kepada pembangkang untuk memerintah negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia berikutan kenyataan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya, dengan kenyataan itu, maka tidak hairan selepas dibenarkan memerintah, mereka akan bertindak menukar lagu Negaraku termasuk merobohkan Parlimen kerana dikatakan mirip Barisan Nasional (BN).
''Saya rasa pemikiran Manoharan masih terjajah. Dalam keadaan kerajaan serius melakukan transformasi politik, mereka masih dengan perangai lama untuk sengaja menimbulkan huru-hara dalam negara.
''Pemikiran sebegini cukup bahaya apabila semua perkara mahu diubah. Sehubungan itu rakyat yang mahukan keamanan dan mempertahankan kemerdekaan perlu menolak pemimpin seperti ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Manoharan menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my semalam yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika menang pilihan raya umum akan datang.
Secara jelas, Manoharan menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan pengundian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).
Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: "Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!."
Pendapat Mohd. Puad itu disokong Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menyifatkan DAP sudah ketandusan isu sehingga sehingga terpaksa membangkitkan usul untuk menukar Jalur Gemilang semata-mata mahu mengalih perhatian rakyat terhadap perkara lebih penting berkaitan pembangunan negara.
Katanya, panji-panji negara telah lama berkibar di negara luar malah misi keamanan negara tidak pernah disalah anggap sebagai pasukan dari AS.
''Saya menyeru semua pihak tidak melayan cadangan gila DAP itu kerana saya yakin peluang untuk pembangkang memerintah negara ini semakin tipis,'' katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berkata, setiap perkara yang menjadi lambang negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah ditetapkan dan dipersetujui sejak merdeka.
''Ini merupakan satu pandangan berbahaya dan boleh memecah-belahkan rakyat sekali gus menggambarkan kecetekan fikiran mereka apabila tidak memahami aspirasi negara yang telah dilambangkan melalui Jalur Gemilang,'' katanya.
Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu pula berkata, kenyataan biadab pemimpin DAP itu merupakan pendekatan pembangkang untuk mencetuskan kontroversi demi meraih publisiti murahan.
Oleh itu, katanya, semua pihak diminta tidak terperangkap dengan permainan politik mereka yang digambarkan tidak matang dan tidak bertanggungjawab.
''Pemimpin pembangkang lain seperti Pas dan PKR diminta mengeluarkan pendirian segera berhubung kenyataan ADUN DAP itu atau menjadikannya sebagai satu manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang,'' katanya.
Baca, jangan tak baca. Sekiranya perkara tersebut berlaku, alangkan malangnya nasib kita rakyat Malaysia. Jesteru itu, mari kita ramai-ramai tolak Pakatan Pembangkang yang akan meruntuhkan kehormonian yg telah lama kecapi di Malaysia ini. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
No comments:
Post a Comment