ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
Waran tangkap terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman, sudah dikeluarkan Jumaat lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Mengikut sumber dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pihak Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa 'TAULIAH'.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menahan Bob Lokman jika didapati beliau berada di Selangor dan yakin dapat menahannya dalam masa terdekat. Sebelum ini, Bob Lokman ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat dan dibawa ke balai Polis berhampiran kerana dikatakan tiada tauliah memberi ceramah berkaitan ilmu agama pada 10 Oktober lalu.
Disamping itu, dipihak Bob Lokman pula mendakwa beliau tidak dihubungai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Boleh percaya ke cakap si Lokman ni?....rakan-rakan fikirlah sendiri.
Baru saja belajar agama dan baru nak jadi manusia yang berguna dah buat macam-macam hal. Inilah manusia yang tidak sedar diuntung. Memurak perandakan umat Islam di negara ini. Apapun, kemana ko nak lari Bob?. Sedah je diri. Mengaku sajalah yang ko tu bersalah, tiada tauliah untuk berceramah. Undang2 tetap perlu dihormati Bob, sendiri mahu ingat le!
Ikhlas dari saya : IBM
No comments:
Post a Comment