Pages

Wednesday, November 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

{DARI MEJA IBM}
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR  KITA


2 NOVEMBER 



BANK NEGARA MALAYSIA MELANCARKAN KEMUDAHAN `PEMBIAYAAN SEMULA KREDIT EKSPORT' (ECR) KE 2

TARIKH PERISTIWA : 2.11.1989

Pada hari ini 2.11.1989 Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaffar Hussein telah melancarkan kemudahan `Pembiayaan Semula Kredit Ekspot (ECR) Ke 2, bertempat di Bank Negara, Kuala Lumpur. Di bawah skim itu pembiayaan pra-hantaran dibahagikan kepada empat jenis iaitu pinjaman nilai tambahan (VAL), pinjaman bahan mentah tempatan (DIL), pinjaman barang siap tempatan (DOL) dan pinjaman bahan mentah asing (FIL). Pembahagian skim itu kepada empat jenis pinjaman dengan kaedah pengeluar terkawal bertujuan memastikan bantuan yang diberikan itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan eksport. Pelancaran skim tersebut dibuat setelah jawatankuasa khas Bank Negara menilai skim percubaan ECR II yang telah diuji sejak tahun 1986 lalu. Melalui skim ECR II, hanya pinjaman nilai tambahan (VAL) dikeluarkan terus kepada pengeksport manakala pinjaman bahan mentah tempatan (DIL), pinjaman barang siap tempatan (DOL) dan pinjaman bahan mentah asing (FIL) akan dikeluarkan terus kepada pembekal- pembekal bahan mentah apabila dokumen yang mengesahkan pembelian dan penghantaran barangan dikemukakan. Pinjaman nilai tambahan (VAL) adalah bertujuan untuk membantu pembiayaan kos operasi pengeksport dan ianya tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah pinjaman yang layak diterima. Di bawah skim baru itu juga, had pembiayaan bagi setiap pengeksport sebanyak RM 3 juta telah dinaikkan kepada RM5 juta, manakala had pembiayaan maksimum RM 10 juta yang dikenakan sebelum ini dimansuhkan. Bank-bank perdagangan diberi hak menentukan had maksimum pembiayaan tersebut. Walau bagaimanapun pinjaman mereka tetap tertakluk kepada keperluan nisbah modal hutang 60:40 yang ditetapkan oleh Bank Negara. Sesungguhnya dengan terlancarnya kemudahan `Pembiayaan Semula Kredit Eksport' ke 2 pada hari ini diharap ianya akan dapat membantu Bank Negara mengemaskini cara pembiayaannya bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi tujuan eksport.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA.
IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

No comments:

Post a Comment