[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA 180 AHLI PKR KELUAR PARTI MASUK UMNO
NAMPAKNYA 'misi tawan kembali Selangor' telah menampakkan hasilnya, kerana sejak kebelakangan ini minat dan kepercayan rakyat dan para pengundi di Selangor telah kembali kepada UMNO/BN yang mana mereka percaya nasib mereka akan terbela sekirannya Barisan Nasional (BN) terus meneraju Kerajaan pusat dan Selangor. syukur alhamdulillah!
Inilah hasil yang diperolehi di atas kesungguhan YAB DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor bagi merampas kembali negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, bermacam-macam program demi program telah dibuat oleh BN Selangor, seperti program 'Juara Rakyat, pemimpin turun padang bersama rakyat, program rakyat didahulukan' dan banyak lagi. Ini bukan kerana Pilihan Raya kian hampir, tetapi UMNO/BN Selangor telah mengenal pasti punca kekalahan di PRU yang lepas dan ingin menebus kesilapan yang lampu agar tidak berulang lagi. Baguslah kalau dah sedar.
Semalam, seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar parti itu dan menjadi ahli Umno. Ada juga yang menyatakan lebih 600 orang ahlinya yang keluar parti itu.
Bekas Naib Ketua Cabang, PKR Petaling Jaya Selatan, Sdr Suhaimi Saari mengambil keputusan menyertai Umno kerana mereka percaya kepimpinan UMNO/BN lebih baik daripada PKR. Menurutnya setelah hampir 11 tahun lebih berjuang dalam parti PKR, sejak awal penubuhannya dan mengetahui banyak rahsia parti itu. Semuanya untuk kepentingan pribadi, bukan untuk rakyat seperti yang di laung-laungkan.
Oleh kerana tidak tahan dengan masalah yang membelenggu di dalam parti itu, keputusan yang amat baik ialah meletakan jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, dan seterusnya membubarkan PKR Cabang PKR Petaling Jaya Selatan. 'SAYONARA PKR, UMNO, HERE WE COME'.
Difahamkan penyerahan borang keahlian diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik. Turut hadir pad hari itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai. Tahniah kepada semua!...dan difahamkan ramai lagi ahli-ahli PKR di sana akan keluar parti. Punahlah PKR Selangor dan berkuburlah kamu, Parti Kelentung Rakyat!!
No comments:
Post a Comment