Pages

Monday, November 14, 2011

Tony 'PUAKA' dan Pakatan cuba sabotaj Kedai Rakyat 1 Malaysia?

{DARI MEJA IBM} : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



BUSUK hati, iri hati. Itulah yang terdapat di dalam hati para pemimpin Pakatan Rakyat DAP terhadap usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mengilhamkan KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA melalui ilham, usaha Perdana Menteri, DS Najib yang mana telah membantu rakyat yang berpendapat rendah untuk berbelanja keperluan dapur di kedai Rakyat 1 Malaysia dengan harga yang berpatutan dan mampu mereka beli jika dibandingkan dengan super market yang lain.

Tapi..usaha murni oleh kerajaan BN, telah di politikan oleh pembangkang bagi tujuan politik kotor mereka, seolah-olah apa yang di buat oleh kerajaan tidak sampai ke sasarannya, kususnya rakyat. Kononnya mereka lah yang betul, dan merekalah yang boleh menurunkan harga barang-barang di pasaranan kini. Memang dasar pembohong.

Melalui Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua@Tony PUAKA yang bersuara bagi pihak Pakatan Rakyat (PR), memdedahkan identiti Makmal terhadap produk kedai Rakyat 1 Malaysia dan mendakwa tidak mempunyai kualiti, juga tidak memenuhi piawaian dan akta peraturan-peraturan makanan 1986 (Akta 281).


Ini jelas, si puaka, Tony Pua dan pakatan rakyat mempunyai niat yang jahat, dan ingin mensabotaj agar penguasa-penguasa BUMIPUTRA yang berkecimpung di dalam bidang dan industri Super Market yang di monopoli oleh kaum Cina tidak mendapat sambutan dari rakyat. Ini kerana persaingan di dalam industri ini, cukup kompititif dan sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi kaum kerabatnya.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) mecabar dan meminta Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan maklumat Makmal yang melakukan ujian-piawaian terhadap sembilan produk kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak berkualiti oleh si puaka, Tony Pua. Jangan cuba-cuba nak menabur fitnah dan menunding jari pada kerajaan sahaja. Buktikan.

Memang itulah kerja pembangkang. Mereka suka mencari salah orang, tanpa bukti yang soheh. Menurut sumber yang IBM dapat, Mydin Holding yang mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia, telah pun melakukan ujian dan kajian terhadap produk-produk tersebut. So, apa lagi yang si Puaka ni nak?...nak jadi pemerintah?....nak jadi hero? tungguuuuu......PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment