ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
SIAPA Kata Ulama muda yang menyertai UMNO tiada kebebasan bersuara didalam parti itu? siapa cakap?. Sejak bermulanya mereka menyertai, berbagai-bagai pihak, terutamanya PAS memberi tangkapan yang negatif bahawa tindakkan ulama muda menyertai UMNO adalah satu kesilapan yang besar dan akan tersalah langkah dan akan dipinggirkan.
Tapi, tangkapan itu di sangkal oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretarait Ulama Muda UMNO (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya. Katanya isu dipinggirkan tidak timbul, sekalipun tiada jawatan dalam parti. Menurut Fathul lagi, untuk mengangkat Islam ke tahap yang lebehi tinggi, kita tidak perlu jawatan, cuma kita menjalankan dakwah seperti biasa, malahan
usaha mereka ini dihargai dan dibenarkan bercakap oleh parti, subhanallah, katanya.
Dalam pada itu, beliau merasa banggan kerana stesen teleysen dan radio tempatan turut memita pendapat dan pandangan ulama muda UMNO, walaupun mereka dalam usia yang sangat muda, alhamdulillah mereka di beri peluang untuk menyampaikan dakwah mereka secara berterus terang tanpa disekat.
Disamping itu, Fathul berterima kasih kepada pucok pimpinan UMNO kerana mereka mereka tidak pernah menyekat, malah diminta mengutamakan pendapat secara terbuka semampu mungkin dalam pelbagai hal termasuk hudud, penggunaan kalimah Allah, murtad, seks songang dan sebagainya.
Menurut beliau lagi, kehadiran 40 ulama muda di dalam UMNO juga diterima secara amat positif oleh anggota parti dan tidak timbul masalah sekat menyekat atau dipinggirkan seperti yang di heboh-hebohkan oleh pembangkang yang iri hati kepada ulama muda.
Itulah keunikkan dalam UMNO. Tiada sekatan, tiad a dipinggirkan, cuma pembangkang sahaja yang mengada-adakan cerita. Mereka sebenarnya cemburu dengan ulama muda kerana tidak menyertai mereka. Pandangan ikhlas dari saya yang benar : IBM.
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
No comments:
Post a Comment