ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
UCAPAN YANG TERBAIK. Itulah pujian yang diberi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di atas ucapaan dasar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Pusat Dagangan Putra, pagi tadi. Ucapan Presiden Umno itu sedikit sebanyak telah menyedarkan rakyat bahawa Umno bukan sahaja memperjuangkan semangat orang Melayu, tetapi juga perjuangan untuk menjamin kelangsungan bangsa-bangsa lain di negara ini.
Menurut Tun, ramai yang menuduh bahawa Umno 'rasis', tetapi sebenarnya tidak. Umno bukan parti rasis, ulangnya lagi. Meneliti akan ucapan dasar Presiden Umno itu, Tun dapat rasakan bahawa Pilihn Raya Umum ke-13 mungkin di adakan tidak lama lagi. Ini yang membuat Pembangkang merasa resah gelisah, dan pembangkang merasa risau akan populariti DS Najib semakin hari semakin meningkat.
Tun Mahathir begitu optimis dan konfiden bahawa rakyat akan kembali menyokong UMNO/BN. Beliau merasakan bahawa Najib dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN yang di terajui oleh DS Najib. Rakyat begitu yakin kepimpinan yang ada sekarang ini.
Seperti Tun, IBM pun merasa yakin akan kepimpinan DS Najib dan 100% menyokong dengan pujian yang Tun berikan kepada DS Najib, bahawa, Najib memang baik dan terbaik. Pembangkang nak cakap apa sekarang???. Sudah pasti mereka sedang mencari fomula yang terbaik untuk menjatuhkan Najib. Itu yang pembangkang sedang usahkan.
Pujian untuk DS Najib itu, bukanlah datangnya dari calang-calang orang, mantan Perdana Menteri tau. Semua orang kenal siapa Tun Mahathir, satu dunia kenal dia. Apapun, terima kasih Tun, jasa mu di kenang. - IBM.
Agak-agak anda, apa yang sedang difikirlkan oleh si Nuar tu?....dengar khabar nak jadi PM. Podahhhh!!!