PERLU di siasat. IBM berpendapat kerajaan dan pihak HKL kena bertindak bagi membenteras supaya perkara ini tidak berulang lagi. Kerajaan menanggung kerugian di atas kejadian mencuri ubat-ubatan di HKL ini. Cari siapa dalangnya, kemana ubat-ubatan tersebut di jual atau di seludup? Dedahan dan Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendedahkan bahawa berlaku kecurian stok ubat berjumlah RM1.21 juta di Hospital Kuala Lumpur (HKL)harus dipandang serius oleh kerajaan dan pihak yang berwajib. Rupa-rupanya ianya bukan hanya berlaku di HKL, laporan itu juga mendedahkan situasi yang sama berlaku di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang mencecah jumlah sebanyak RM240,000 Laporan itu menyebut, pada November 2011, satu kes kecurian 68 jenis stok ubat berjumlah RM1.21 juta telah berlaku di Substor Farmasi Neurosains dan Substor Farmasi Urologi/Nefrologi HKL. Satu laporan polis dibuat pada 27 Disember 2011. Dalam laporan itu, sebahagian daripada stok ubat tersebut bernilai RM740,000 telah dijumpai semula pada Januari 2012.
Hasil siasatan yang dijalankan oleh HKL mendapati kecurian ini dilakukan oleh orang dalam yang sentiasa berurusan dengan pihak stor serta mengetahui kelemahan pengurusan kunci substor. Kes kehilangan tersebut telah diputuskan untuk dihapuskira oleh Perbendaharaan, manakala tindakan surcaj/tatatertib hanya akan dikenakan ke atas mana-mana penjawat awam setelah siasatan polis diselesaikan memandangkan kehilangan disebab berlakunya kecurian, laporan itu dipetik. Kata laporan itu lagi, pada Disember 2013, satu kes kecurian control panel model Shimadzu dilapor berlaku di Bilik Radiografi Jabatan Pengimejan Diagnostik HKL. Alat itu adalah sebahagian daripada komponen General X-ray di mana kos keseluruhan perolehannya berjumlah RM300,000.
Kecurian control panel ini mengakibatkan keseluruhan peralatan General X-ray tidak dapat digunakan, laporan itu dipetik. Laporan itu berkata pihak audit turut mendapati kehilangan empat jenis aset iaitu kompresor penghawa dingin, syringe pump, physiologic monitoring system dan pulse oxymeter bernilai RM610,000. Maka, dengan itu jangan pandang isu kecurian ubat-ubatana di HKL dan HPP sebagai yang remeh kerana ianya melibatkan nama baik Hospital tersebut dan juga kerajaan. Siasat jangan tak siasat. Kalau tidak ianya akan menjadi penyakit yang akan berterusan yang akhirnya amat-amat merugikan negara. Dah tak kerja lain ke depa ni. Kalau nak jadi kaya cepat bukan di Hospital tempat dan sasaranya. Siol! Wasallam ~ IBM