Pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ. Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.
Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut. Projek NFC yang diusahkan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohammad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.
NFC didakwa menyeleweng pinjiman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli unit kondominium mewah di Bangsar.
No comments:
Post a Comment