Saturday, December 3, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011 Melabuhkan Tirainya Petang Tadi. Hidup UMNO!!!

 Maka berakhirnya persidangan UMNO ke-62 dengan ucapan Penggulungan dari Presiden UMNO Dato Sri Najib Razak yang padat dengan isi dan nasihat yang berguna kepada para perwakilan dan jentera-jentera  UMNO sekalian.
Terdapat 4 sasaran yang menjadi  perhatian Presiden umno,Dimana Beliau mahu persidangan ini menjadi utuh dan kukuh dengan UMNO sebagai teras.sasaran kedua,Kata Presiden UMNO ini mahukan gerakan didalam keadaan siap sedia menghadapi  apa  jua kemungkinan yang mendatang dan menyiap nyediakan UMNO sebagai Parti yang bermaruah.
Selain daripada itu,tegasnya mahukan sokongan daripada pelbagai etnik yang terdapat di Negara ini,dan diharap dapat memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada UMNO untuk membela nasib rakyat di masa akan datang.Tidak ketinggalan juga,UMNO akan membawa perubahan besar kepada rakyat dan pembangunan.
Akhir sekali,Beliau mahukan segala isi yang dibentangkan di persidangan ini membawa kebaikan kepada seamua pihak terutama 12.8 juta penduduk rakyat Malaysia dan mengharapkan mereka tidak akan kecewa memilih UMNO sebagai Pilihan mereka. - IBM
HIDUP UMNO!! DULU, KINI DAN SELAMANYA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...