Pages

Thursday, January 26, 2012

Idea Debat Anwar - Najib Tidak Relevan. Buang Masa!!

BERDEBAT? Idea siapa ni?. Pulak tu debat antara PM dengan Ketua Pembangkang dan peliwat no 1 negara. Apa faedahnya?. Kenapa harus kita layan suara-suara sumbang dan yang tak bertanggungjawab mencadangkan supaya debat antara PM kita dan ketua pembangkang diadakan. Bagi IBM, itu semua perkara yang tak berfaedah, buang masa dan tak relevan langsung. Banyak lagi perkara-perkara yang lebih penting untuk PM kita buat dari pada melayan  kerenah pembangkang dan ketua mereka ini.



Perkara yang sama juga disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa idea debat antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dan Perdana Menteri di lihat tidak relevan. Ini kerana, debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk DS Najib sendiri.


Mengikut kata Shabery, debat mesti dipertimbangkan dua pihak atas isu yang dianggap mempunyai kepentingan awam, bukan hanya setakat nak mencari nama dan jadi hero. Begitu jugalah seperti isu video. Apakah video yang ditayangkan itu Anwar? dan itu isu peribadi, tapi sebab kepentingan umum, maka ianya perlulah dibuat.

IBM mendapat maklumat dari satu sumber bahawa hasil perbincangan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua pemimpin ini mengadakan debat, membincangkan isu-isu besar, isu rakyat dan isu negara, bukan isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat. Sekali lagi IBM ingin memberi sedikit komen bahawa debat ini tidak perlukan di adakan. Bercerita mengenai isu-isu rakyat, isu-isu negara, semua orang tahu bahawa DS Najib sedang lakukkan 'transformasi' yang mana seluruh rakyat tahu bahawa itu adalah transformasi yang benar-benar ikhlas yang datangnya dari seorang pemimpin no 1 negara, DS Najib Tun  Razak.

Apakah slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" tidak lagi mencukupi dan membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) betul-betul serius membantu rakyat?. Apa korang ingat itu adalah janji-janji kosong?. Salah, salah tu. Korang salah membuat pernilaian. Nilai yang korang buat selama ini terhadap pembangkang, adalah sia-sia, bak mencurah 'air didaun keladi'.


Bagaimanpun, pandangan IBM dan juga beberapa orang rakan dari Umno, orang Umno, bukan ahli Umno ye, bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar tidak sesuai untuk dilaksanakan. Kepada Anwar, elok le kamu buat kerja yang lebih berfaedah dan jangan ganggu PM kami yang sedang buat kerja unutk rakyat dan negara. Kamu carilah bahan-bahan bukti yang baru bagi menghadapi tuduhan liwat II kamu yang dirayu kembali oleh Saiful baru-baru ini. Itu yang lebih releven bagi kamu. Sekian. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                    -----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment