IBM rasa terharu apabila penulis-penulis blog pro-Umno hari ini mula tampil mempertahankan Datin Seri Mansor yang didakwa berbelanja mewah semasa lawatan ke Australia pada awal tahun ini. Salah satunya disuarakan oleh blog pisau.net yang turut menyerang penulis pojok akhbar sydney Morning Heraid, Andrew Horney - antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay." Maka, IBM pun nak turut sama.
"Apa saja yang ada kaitan dengan Pakatan mesti gay. Isu terbaru yang menfitnah DS Rosmah, berkokok sakan seantero dunia pakatan membawa berita. "...Rupa-rupanya sumber berita seluruh haprak Pakatan dari seorang wartawan gay dan paling teruk di Australia," tulisan di blog itu dipetik. Tulisan itu juga menyatakan bahawa Horney merupakan penulis kolum gosip dan bukannya wartawan berita.
Menurut blog berkenaan lagi, Hornery disenaraikan di dalam satu laman web yang mengumpulkan 'wartawan paling teruk' Australia - www.austrealiasworststjournalist.com.au. Laman tersebut antara lainnya mendakwa Horney tidak menulis semua fakta dengan tepat dalam tulisannya. Kandungan blog berkenaan turut disebarkan oleh bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifili Noordin dan juga unit perang siber Umno, Unit Media Baru di laman Twitter.
Tulisan berkenaan timbul selepas Hornery mempertahankan dakwaannya hari ini bahawa DS Rosmah telah berbelanja mewah semasa lawatannya ke negara itu. Rosmah semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkan sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Inilah wajah Andrew Hornery yang dikatakan mendedahkan DS Rosmah
boros berbelanja di Australia. (Sumber : Twitter Hornery)
p/s : Kepada DS Rosmah. Harap bersabar dan bertenang. Sekirannya DS tak bersalah, tidak perlu takut. Berbincanglah dengan orang yang arif tentang undang-undang. Saman mereka-mereka yang selalu menabur fitnah terhadap DS. jangan di beri muka mereka-mereka ini. Enough is enough. Mereka-mereka ini adalah diantara kumpulan PHD yang dengki melihat kejayaan DS dan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saman, jangan tak saman. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
-----------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment