BAGI pemimpin-pemimpin PKR, kes khalwat ni dah menjadi perkara biasa bagi depa. Tiada yang mengemparkan dan menghairankan kerana ianya adalah perbuatan individu, tiada kena mengena dengan parti. Kata pemimpin-pemimpin PKR, dosa di atas perbuatan khalwat itu adalah dosa individu, tanggunglah sendiri. Begitulah apa yang terjadi kepada salah seorang pemimpin mereka yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kelantan, semalam.
INILAH lokasi hotel tempat Dr Badrul Amin ditangkap di Balok, Kelantan
Wajah-wajah alim Dr. Badrul Amin yang dianggap seorang 'ulama'
IBM dapat maklumat, begitu juga sumber-sumber dari blog politik, kuat mendakwa bahawa pemimpin PKR yang ditangkap khalwat tersebut adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Dr. Badrul Amin Baharon (gambar). Siapa tak kenal si Badrul Amin ini. IBM masih ingat sebelum ini beliau mencetuskan kontroversi apabila dikatakan mendewa-dewakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebagai ‘Imam Mahdi’. Jika benar pemimpin PKR yang dimaksudkan itu adalah Badrul Amin, maka ia seolah-olah mengulangi kembali peristiwa yang pernah berlaku terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang ditahan khalwat bersama isteri rakannya di sebuah hotel di Kelantan dahulu. Hehehe..memang kerja-kerja maksiat ni kesukaan pemimpin-pemimpin PKR. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz, wanita yang ditangkap bersama pemimpin PKR oleh sepasukan penguatkuasa kira-kira pada jam 3 pagi itu dipercayai merupakan isteri orang.
Badrul Amin turut dikatakan baru bernikah dengan seorang wanita, Harlina Zainuddin, 40, pada Oktober 2010 lalu di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor. Satu soalan dari IBM, apakah untuk menyelamatkan maruah diri dan parti, si Badrul akan membuat kenyataan akhbar menyatakan ini adalah kerjaan orang-orang Umno yang ingin cuba menjatuhkan beliau sendiri dan juga parti PKR?. Kita tunggu perkembangan selanjutnya. IBM juga difahamkan bahawa suami perempuan yang ditangkap berkhalwat bersama Dr. Badrul sudah pun mengetahui berita penangkapan tersebut. Tak sabar nak tunggu reaksi dari beliau. PKR patut di tukar nama kepada 'Parti Khalwat Rakus'. Sekian.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment