Pages

Saturday, February 25, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


25 FEBRUARI


SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERASMIAN KOMPLEKS PERNIAGAAN PEKAN RABU, KEDAH.
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1978,  Kompleks  Perniagaan  Pekan  Rabu   dirasmikan  oleh  YAB Dato’ Seri Dr.  Mahathir Mohamad, Timbalan  Perdana  Menteri.  Bangunan  yang  menempatkan  kompleks  perniagaan  ini  dibina  khas  bagi  memudahkan  para  peniaga  Bumiputera  khususnya  Orang  Melayu  menjalankan  perniagaan  mereka.  Bangunan  ini  telah  dapat  direalisasikan  pembinaannya  dengan  bantuan  sebanyak  $3.2  juta  daripada  Majlis  Amanah  Rakyat (MARA).  Sejarah  Pekan  Rabu  bermula  daripada  sebuah  pasar  minggu  yang  diadakan  pada  setiap  hari  Rabu  di  Tanjung  Chali,  Alor  Setar.  Ianya  telah  diasaskan  oleh  YTM  Tunku  Yaakob  Ibni  Almarhum  Sultan  Abdul  Hamid  Halim  Shah pada  tahun   1920.  Pada  tahun  1932,  Pekan  Rabu  telah  berpindah  ke  lokasinya  kini  iaitu di Jalan  Tunku  Ibrahim,  Alor  Setar,  Kedah.  Bangunan  Pekan  Rabu  yang  terdapat  kini  terdiri  daripada  2  fasa  di mana  Fasa  Pertama  adalah  terdiri  daripada  3  tingkat  bangunan  perniagaan  yang  mengandungi  274 buah  kedai,   manakala  Fasa  Kedua  adalah  terdiri  daripada  3  tingkat  bangunan  yang  mengandungi  73  buah  kedai.   Sesungguhnya,  penubuhan  Pekan  Rabu  telah  berjaya  menyatupadukan  peniaga-peniaga  Melayu  di bawah  satu  bumbung  serta  melahirkan  lebih  ramai  pemborong  dan  peniaga  Melayu   serta   mengetengahkan  barangan  keluaran  kampung  ke dalam  pasaran  terbuka. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment