Pages

Thursday, February 23, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


23 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERISTIWA BUKIT KEPONG
 
Pada  hari  ini  dalam  tahun 1950,  Bukit  Kepong  telah  bermandi  darah  apabila  seramai 25 orang anggota polis  termasuk ahli keluarga telah terkorban manakala beberapa orang pengkhianat juga dipercayai turut mati dan tercedera.  Komunis  telah  menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang  terletak  di  Muar, Johor  pada  waktu  subuh.  Mereka   yang  terbunuh ialah  tiga  Pegawai Polis berpangkat rendah, enam orang polis biasa, tiga orarig polis "Marine", dua orang polis tambahan, lima orang polis bantuan, dua orang isteri serta dua orang anak anggota  polis biasa  dan  dua orang awam.  Balai  Penghulu, Balai Polis dan Berek Polis  turut  musnah.  Ketaat setiaan dan semangat juang mereka telah diuji dan dicabar habis-habisan oleh komunis. Walaupun  berpeluang untuk menyerah, anggota-anggota tersebut tetap berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Berbekalkan kecekalan dan kekuatan serta  beberapa laras senapang, anggota-anggota Balai Polis Bukit Kepong di bawah pimpinan Sarjan Jamil Mohd Shah  telah  berjuang  mempertahankan  balai.  Ketabahan  dan  semangat  juang perwira-perwira  yang  gugur  itu harus  menjadi  inspirasi  dalam mengekalkan  kebebasan,  kemerdekaan  dan  keharmonian  negara.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment