SALAM SEMUA,
Ramai penyokong-penyokong PKR sudah mula bosan dan hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan Parti dan kini, sedikit demi sedikit mereka telah sedar dan insaf dan keluar parti. Tinjauan dan kajian yang IBM telah buat, ramai lagi yang akan keluar dan ada juga yang akan menunggu saat-saat ketika menjelangnya PRU ke-13, mereka akan menggunakan kuasa 'undi' mereka untuk mengkuburkan PKR.
Terbaru, di Arau Perlis, ahli-ahli PKR telah keluar parti dan menyertai Umno. Butirannya baca di bawah :
ARAU - Sebanyak 48 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak nekad keluar dari parti berkenaan apabila secara rasminya menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, malam tadi. Mereka adalah antara 102 ahli baharu yang menyertai UMNO DUN Tambun Tulang pada satu majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Gelam, Tambun Tulang dekat sini.
Borang menjadi ahli UMNO diserahkan oleh enam bekas ahli PKR Ranting Tambun Tulang, Behor Mempelam, Alor Ara 2, Kepala 10, Changkat Lada, Seri Gelam dan Long Boh. Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima penyerahan borang tersebut. Shahidan berkata, 198 lagi ahli baharu UMNO, termasuk anggota PKR dan Pas akan menyerahkan borang sebagai ahli parti berkenaan pada majlis yang bakal dianjurkan secara berperingkat-peringkat.
Katanya, sudah tiba masanya ahli PKR dan Pas meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO yang ternyata telah berjaya membuktikan kemampuan memerintah negara dengan baik selama ini. "UMNO Tambun Tulang mengalu-alukan ahli baharu bagi menambahkan lagi kekuatan yang telah sedia ada," katanya. Selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, katanya, beliau juga akan terus memastikan DUN Tambun Tulang menjadi 'kubu terkuat' UMNO di negeri ini.
p/s : IBM kata, "Memang patut dan tiba masanya mereka2 ini yang telah di tipu hidu-hidup oleh PKR meninggalkan parti tersebut. Tak apa-apa faedahnya, kerana PKR hanya buat janji bagi memancing undi di PRU sahaja. Janji2 mereka adalah janji2 kosong macam tin sardin. Hanya BN sahajalah yang boleh membela nasib rakyat di negara ini. IBM harap ramai lagi penyokong2 PKR yang akan keluar meninggalkan parti, bbukan saja di Arau, malah di seluruh negara. Apapun tahniah kepada DS Shahidan Kassim yang berjaya membuka mata dan minda warga di Arau, terutamanya para penyokong PKR untuk menyokong BN. Tahniah sekali lagi."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment