Pages

Monday, February 13, 2012

Isu Pasir : PKR Cepat-Cepat Nak Tutup Lubang. Tak Perlu Suruhanjaya, Kata Khalid Gagap!!!



SHAH ALAM - Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan skandal penyelewengan pasir di Selangor tidak perlu diadakan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini kerana pihaknya telah membuat pengumuman mengenai prestasi pengurusan syarikat monopoli perlombongan pasir di Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), sebelum ini yang dirasakannya dilakukan secara telus.
"Suruhanjaya Diraja adalah untuk mencungkil maklumat tetapi kita sudah ada maklumat, jadi tidak payahlah cungkil lagi.
"Malahan cerita yang didakwa oleh pengendali blog itu (Raja Petra Kamaruddin) adalah cerita lama," katanya mengulas desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pengendali portal MalaysiaToday, Raja Petra, yang mengaitkan kematian seorang ahli perniagaan dengan skandal penyelewengan pasir di Selangor.
Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di sini, hari ini.
Terbaru, Raja Petra turut mendedahkan pembabitan dua wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam skandal rasuah pasir tersebut.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan tetap merobohkan Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur masing-masing milik Yayasan Selangor (YS) bagi membangunkan lokasi berkenaan (untuk pembangunan komersial) dan telah mengambil kira penempatan semula para pelajar asrama-asrama terbabit. – Terima Kasih Bernama.
p/s : IBM Kata : "Kalau melibatkan puak--puak depa, cepat-cepat buat statement, kata tak payah nak ujudkan suruhanjaya. Cuba kalau kes tersebut melibatkan orang-orang Umno, segala bapak suruhanjaya depa cadangkan. Memang celako betui pemimpin-pemimpin PKR di Selangor. Sedikit demi sedikit kekayaan di Selangor ni mereka kebas. Lepas tu, tak mengaku pulak tu. Dan yang IBM rasa nak ketawa berdekah-dekah ialah apabila mereka yang terlibat tu, buat sidang akhbar dan mengistiharkan bahawa diri mereka bersih dari rasuah. Kah..kah..kah..what a joke!!!. Itulah tabiat orang-orang PKR yang sudah menuduh orang-orang Umno rasuah, tapi, rupa-rupanya mereka lagi lanun. Bapak segala lanun, termasuklah si Khalid gagap tu. IBM cabar kedua-dua eko ADUN PKR dan Khalid gagap juga untuk menyaman Raja Petra Kamaruddin (RPK) jika berani. Jangan sedap mulut je wahai Kahlid gagap ooi. Ini bukan cerita lama. Dan...apa pulak ceritanya tentang asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung pandan?...Jawab khalid jangan tak jawab dan bila jawab jangan sampai tergagap-gagap. Puuihhhh!!...PKR memang HAMPEHHHH!!.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Khalid pening sampai migrain. Lum sempat tutup lubang pasir, lubang Eli pulak terbuka! Ha...ha...ha...

    ReplyDelete
  2. Salam enalrahim,

    Biak dia pening. Mereka-mereka ni dah terlalu kenyang telan hasil pasir di Selangor ni. Kini dah tiba masanya utk mereka muntahkan balik. Hehehe...memang lubang Eli dah terbukak pun. Semalam terpapar dlm sebuah blog rupa dan saiz Eli punya....semua org dah tahu....Khalid gagap tak boleh nak cover lagi....gagap, gagap.....

    ReplyDelete