Pages

Monday, February 13, 2012

Nik Abduh Kata, Orang Tua Karpal Kena Balik Belajar Di Sekolah 'DEWASA'..Kaw..Kaw.. Kena...


BOLEH tahan jugak mulut anak Pok Nik si Nik Abduh ni ye. Aduh...sakit hati Pengerusi DAP ni dibuatnya. Itulah, Karpal Singh ingat mulut dia saja yang celupar atau lantang bersuara. Sekarang siapa yang kena. Padan muka bengali seko ni, dan baru dia tahu siapa Pas yang sebeno-benonya dan Pas pun tahu siapa DAP yang sebeno-benonya. Berkelahilah korang. Isu menyambut 'Hari Kekasih' menjadi punca mereka bertekak.


Semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz (gambar) menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian PAS tentang sambutan Hari Kekasih. Beliau dengan tegas meminta Karpal supaya belajar menghormati agama lain dan menegaskan kepada peguam tua itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima orang. 

Menurut Nik Abduh lagi, ia bukan hanya penderian PAS, ia penderian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat memdidik dan mneyeru umat Islam kepada kebaikan beragama. mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromasi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, memdidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam, katanya lagi. 

Nik Abduh bubuh lagi kat Karpal. Katanya, Karpal kena belajar walaupun sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Maksud Nik Abduh, supaya Karpal tidak syok sendiri. Politik bukannya mahkamah, katanya. IBM rasa kenyataan Nik Abduh tu, ada berkaitan dengan tindakan Karpal yang menggesa PAS menarik balik pendirian mereka membantah sambutan 'Hari Kekasih' pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak moral. Itulah tangkapan PAS.

Karpal Singh pula tidak mahu mengalah dan menggangap pendirian PAS itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir si semua negara. Betul juga kata Karpal tu ye. Nik Abduh, yang ko sibuk beno tu buat apa? Nik Abduh tidak berhenti di situ, malah beliau bersama dengan Dewan Pemuda PAS pada bulan lepas, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.

Bagi pandangan IBM, pertelingkahan kedua-dua komponen Pakatan Rakyat ini, dianggap sebagai sandiwara lapuk. Kata mengata sesama depa dan jadi perkara biasa. Memang sebenarnya mereka bukanlah rakan kongsi yang serasi, tapi dik kerana politik songsang yang mereka amalkan dan ingin berkuasa, maka mereka terpaksa bercantum. Harap, rakyat dapat menilai dan membezakan kedua-dua parti ini yang telah banyak menyusahkan rakyat. janganlah cuba-cuba nak tukar kerajaan, kelak menyesal tak sudah. Faham-faham je le apa yang IBM maksudkan. Sekian.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment