SAMBUNGAN DARI TAJUK PAS HANYA MAHU MEMERINTAH.......
JELI – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Kelantan memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi membolehkan BN menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.
“Di bawah kerajaan Barisan Nasional, insya-Allah jika diberi mandat nanti, kita jamin masalah air selesai, kita akan jamin masalah ladang rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli di sini semalam.
Ucapan Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 20,000 orang yang hadir pada majlis itu.
Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu turut melaungkan slogan ‘Gelombang Merah’ dalam mengajak rakyat Kelantan membuat perubahan dengan memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri itu.
Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap negeri itu dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.
“Insya-Allah landskap Kelantan akan berubah tetapi tetap berpaksikan kepada Islam, ilmu akhlaknya tetap kita pertahankan,” katanya.
p/s : IBM Kata, "dengar tak wahai rakyat Kelantan. Jangan buat pekak je. Takkan selama2nya korang nak duduk bak 'katak dibawah tempurung', tak ada perubahan. Dah lebih 22 tahun, asyik macam tu je. Bangun le wahai rakyat Kelantan oii. Kata, 'tak nak pada PAS'. Tolak PAS di PRU ke-13 nanti."
SUMBER : KOSMONLINE.COM. - terima kasih.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment