SEBENARNYA, Mahfuz ni ada cita-cita nak jadi Menteri Besar Kedah sekiranya dia menang dan Pakatan mengekalkan kuasa di PRU ke-13 nanti. Agaknya dia malu ataupun ingin 'test power' sama ada beliau mempunyai pengaruh dan ramai penyokong di negeri Kedah. Katanya dia tak minat nak tanding di peringkat DUN. Beliau lebih mementingkan untuk mempertahankan kerusi Parlimennya, Pokok Sena dalam PRU akan datang.
Itu kata mulut Mahfuz je, tapi didalam hatinya, dia ingin menjadi Menteri Besar sekali gus menyingkir dan mengantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam PRU akan datang. Memandangkan Mahfuz ni adalah dari pengikut dan orang kuat Anwar Ibrahim, cubaan untuk menjatuhkan DS Azizan semakin ketara. Kemelut Pas di Kedah ditahap 'kritikal'.
Untuk melarikan diri dari disoal oleh pemberita dan penulis2 blog, Mahfuz mengalih dan menukar haluan. Kononnya, beliau berminat untuk bertanding di peringkat Parlimen dan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimennya, Pokok Sena. Apabila bertanding parlimen, mana mungkin beliau boleh jadi MB. Maka peluang untuk dia menjadi Perdana Menteri lebih cerah, kerana, katanya MB duduk di bawah PM.
Kesimpulannya, Mahfuz ada hati nak jadi PM. Puihh!! muka tak malu. Cerminkan dulu muka tu. Layak ke nak jadi PM?. Apapun, beragangan-angan itu sudah menjadi 'lumrah hidup' pemimpin-pemimpin PR termasuklah Pas. Mereka tak habis dengan berangan-angan, sehingga mengabaikan kebajikan rakyat. Sebenarnya, Mahfuz ni memang tak layak jadi PM, begitu juga MB. Itu pandangan IBM je. Terpulang le pada rakyat Kedah, sama ada nak sokong atau beri mandat pada BN untuk membuat pembaharuan di negeri Kedah. Undi ditangan korang. Buatlah pilihan yang bijak. Harap-harap tidak salah langkah lagi. Kedah sejahtera bersama BN. Sekian. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment