Pages

Wednesday, March 7, 2012

Daim Ramal BN Menang Besar, Tapi NGO Pulau Pinang Kata Itu Hanya 'Retorik'..



IBM setuju dengan kenyataan sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang meragui ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut kata Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahman Isahak, BN, terutamanya UMNO tidak harus terlalu yakin dengan kata-kata Daim itu. Kata-katanya hanyalah 'retorik' semata-mata. Jangan lupa, sebaliknya boleh berlaku, kata Rahman pada sidang medianya.

Kalau kita lihat sekarang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu sibuk kesana-kemari melakukan kerja seolah-olah beliau bersendirian, manakala pemimpin BN lain hanya mengambil kesempatan berhubung apa yang dilakukannya itu. Tak kesiankah kita pada PM kita?



Dan, kita boleh lihat, hanya PM berceramah tentang 'transformasi' kepimpinan untuk faedah rakyat, manakala pemimpin lain tidak serius dalam perkara ini, mengikut kata Rahman lagi.  Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu PM kita atau kita sudah bersedia membenarkan BN menjadi bahan sejarah selepas pilihan  raya ke-13 nanti?..oh tidak....

Sebenarnya kuasa terletak di tangan rakyat dan pemimpin-pemimpin politik hanyalah sebagai 'konduktor'. Maka, untuk tidak membiarkan BN tewas di PRU ke-13 nanti, perlulah kita bersama-sama memainkan peranan, dan bukan hanya menumpang 'populariti' DS Najib sahaja. Merujuk kepada kenyataan Daim baru-baru ini bahawa DS Najib adalah pemimpin yang lebih baik daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang ada asasnya, tapi, janganlah ianya hanya sampai kita lupa tugasan kita semua.

Bekas Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO selama 17 tahun ini juga memberikan DS Najib markah lebih tinggi untuk menggerakkan negara ke hadapan selepas dicabar dan diuji berhubung pelbagai isu, Daim juga berkata BN mampu memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya kali ini berbanding dengan prestasi pada tahun 2008. Tapi...IBM rasa, Daim terlupa satu perkara. Iaitu 'kematangan' para pengundi sekarang jika nak dibandingkan dengan pengundi-pengundi yang lepas.

Inilah pemasalahan yang harus BN bereskan secepat mungkin. Kalau tidak jangan harap kita (BN) akan menang mudah kerana pembangkang sudah bersedia untuk bertempur kerana IBM rasakan pertempuran kali ini amatlah 'sengit'. Oleh itu, sekali lagi diingatkan kepada pemimpin-pemimpin BN, tolonglah PM kita dan jangan biarkan beliau bersedirian. Kalau kita bersatu sebagai sebuah pasukan, dahulukan parti, buangkan kepentingan diri, insyallah kita akan berjaya dengan sokongan rakyat yang tahu 'berterima kasih' kepada kerajaan BN yang telah lama membela basib mereka. Hidup BN, Hidup Najib!! - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment