Pages

Thursday, March 8, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


08 MARCH

ISTIADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR KE 9
Pada hari ini dalam tahun 2003, bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. DYMM  Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah  dimahkotakan sebagai Sultan Selangor Ke-9 dalam istiadat gilang-gemilang di Balairong Seri  Istana Alam Shah di Bandar Diraja  Kelang. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda adalah putera sulong DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah. Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA - IBM

No comments:

Post a Comment