Pages

Sunday, March 25, 2012

Pekung Makin Terbuka, Pakatan Semakin Melatah...

SALAM 2 ALL,


Dari sehari ke sehari, Pakatan Rakyat semakin tidak senang duduk. Pelbagai perkara busuk yang selama ini cuba disembunyikan oleh kepimpinan Pakatan, kian terburai dan terdedah. Para pemimpin Pakatan yang terlibat pula semakin kuat melatah dan kelihatan semakin kelam-kabut untuk menutup onar yang telah mereka lakukan.
Hampir tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang bersih seiring dengan slogan dan retorik yang mereka laungkan sebelum ini. Sebaliknya pendedahan menunjukkan para pemimpin utama Pakatan Rakyat Selangor saling berkait dan terkait dalam penyelewengan, skandal selain ketidakupayaan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.
Bermula dengan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang sekarang ini merupakan Exco Agama Islam Selangor sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin kecil PKR yang lain, kepincangan terlalu ketara berbanding kesempurnaan yang diretorikkan.
Azmin Ali dalam usahanya untuk memalukan Hasan Ali telah mendedahkan bagaimana bekas Exco Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur Awam itu melakukan ‘pembaziran’ dengan pengubahsuaian pejabat yang menelan perbelanjaan lebih RM300,000. Malah dia turut mendakwa Hasan Ali juga telah menggunakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menganjurkan sebuah persidangan.
Mungkin sekali imbas, ianya kelihatan seperti satu cucukan terhadap Hasan Ali, terutama selepas Hasan Ali membalunnya dalam Sidang DUN beberapa hari lepas, tetapi kalau diperhatikan secara halus, maka dapatlah kita melihat bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan wang rakyat di Selangor seolah-olah wang rakyat itu adalah peninggalan pusaka keturunan datuk nenek mereka.
Ketika Hasan Ali berada dalam kumpulan Pakatan Rakyat, mulut Azmin Ali tidak pula terbuka sekalipun Sidang DUN sudah beberapa kali dijalankan semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dari tangan UMNO-BN. Dan yang paling menarik, pendedahan yang dibuat oleh Azmin Ali adalah berdasarkan kepada Laporan Audit tahun 2010. Dengan kata lain, Azmin Ali terpaksa mengambil masa selama lebih 2 tahun untuk melakukan pendedahan dan hanya selepas Hasan Ali tidak berada dalam barisan Exco lagi.
Azmin Ali secara tidak langsung telah mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat di Selangor telah melakukan pecah amanah yang sangat besar. Bagaimana pula dengan laporan 2010 dan laporan 2011? Kalau tahun 2009, Hasan Ali seorang sahaja melakukan pembaziran, amat mudah untuk mengatakan, Exco-Exco yang lain, termasuklah Menteri Besarnya juga melakukan pecah amanah dan penyelewengan yang maha dahsyat. Dek kerana itulah, mereka tidak berani bercakap, mendedahkan mahupun bersuara tentang pembaziran yang telah dilakukan oleh Hasan Ali kerana masing-masing sentiasa menjga periuk nasi mereka.
Itu baru satu kes…
Tengok sahajalah Azmin Ali. Sehingga sekarang, ADUN Bukit Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Gombak itu tidak dapat menerangkan bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa untuk membiayai kehidupannya sekeluarga.
Barisan Exco Selangor sememangnya banyak terpalit dengan pelbagai penyelewengan, sehinggakan ADUN Bukit Lanjan yang sangat terkenal dengan gambar-gambar kemaluannya itu juga tidak terlepas daripada penyelewengan kayu bakau serta tanah di Bukit Tagar. Shuhaimi Shafie yang khabarnya tidak boleh lagi bertanding di Selangor, menjadi sangat kaya raya walaupun hakikatnya dia hanyalah anak seorang pesara yang tinggal di sebuah rumah teres dua tingkat di Bagan Serai kerana skandal pasir. Yaakob Sapari yang diketahui pernah berniaga dan berkali-kali gagal, tiba-tiba sahaja menjadi jutawan yang entah dari mana datang sumber kekayaannya tetapi pernah diperangkap oleh Noh Omar dalam kes benih padi dan saliran yang ditentang oleh Yaakob Sapari sendiri.
Sebenarnya apa yang berlaku di Selangor sekarang adalah berpunca daripada kepimpinan yang sangat lemah serta dipenuhi oleh korupsi. Walaupun Pakatan Rakyat menuduh kerajaan UMNO-BN terdahulu sebagai pengamal korupsi, pendedahan yang dibuat oleh Azmin Ali menjadi sangat jelas bagaimana pelahap-pelahap dalam barisan kepimpinan negeri Selangor sekarang, sedang diamuk perasaan haloba yang sangat menebal. Mereka sebenarnya amat bimbang sekiranya mereka terlepas peluang untuk BUAT DUIT! 
SUMBER : SELANGORDAILY.COM  - TERIMA KASIH
p/s : IBM Kata, "sebenarnya banyak lagi akan dibongkar dan didedahkan akan tingkah laku Pakatan Rakyat di Selangor ini. Kita tunggu akan perkembangannya nanti. Apa yang penting sekarang, rakyat sudah tak sabar untuk bungkuskan pembangkang dari negeri Selangor ini.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment: